Bagai Merpati Dua Sejoli, Kekasih Putera Mateen Bukan Wanita ‘Biasa-Biasa’, Rupanya Cucu Penasihat Sultan?

Kehidupan

Bagai Merpati Dua Sejoli, Kekasih Putera Mateen Bukan Wanita ‘Biasa-Biasa’, Rupanya Cucu Penasihat Sultan?

Sedia maklum, Putera Sultan Brunei Darussalam Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen atau dikenali sebagai Putera Mateen memang menjadi kegilaan ramai wanita kerana mempunyai rupa paras yang kacak.

Namun, ramai hati wanita ‘hancur’ setelah mengetahui Putera Mateen sudah pun mempunyai teman wanita bernama Anisha Isa-Kalebic yang juga merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim.

Advertisement

Pehin Dato Haji Isa ialah Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei dan pada tahun 1968 datuk Anisha itu telah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara dan Timbalan Negeri Menteri Besar pada tahun 1970.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

Selain itu, abang kandung Anisha yang bernama Danial Deen Isa Kabelic merupakan teman rapat Putera Mateen dan sering terlihat bersama serta memiliki hobi yang sama iaitu bermain bola sepak.

putera mateen

Mengenai Anisha pula, wanita tersebut diketahui lulusan universiti terkenal di England dan dia memiliki perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective. Bukan itu saja, Anisha dilaporkan memulakan perniagaan pelancongan bernama ‘Authentirary’ bersama rakan baiknya.

anisha girlfriend putera mateen

Biarpun sibuk dengan kehidupan seharian, wanita berwajah cantik natural ini tidak lupa untuk menjaga kesihatan dengan bersenam di gim yang sama dengan Putera Mateen di Brunei Darussalam.

Malah difahamkan, Anisha sering memuat naik foto dirinya merantau di serata dunia dan sering memakai barangan mewah yang terkenal.

Sekadar info, biarpun banyak hati peminat ‘retak’ apabila mengetahui hubungan di antara Putera Mateen dan Anisha, ramai juga yang menyokong dan menganggap mereka kelihatan seperti merpati dua sejoli.

Putera Mateen
1 year ago

"Ada Yang Koyak.." - Foto Putera Mateen Bersama Wanita Di Persandingan Diraja Brunei Buat Para Wanita 'Patah Hati'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...