“Kahwin Ada Pulak Duit, Nafkah Anak Buat-Buat Lupa” – Dakwaan Bakal Nikah, Netizen ‘Cuit’ Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada

Hiburan

“Kahwin Ada Pulak Duit, Nafkah Anak Buat-Buat Lupa” – Dakwaan Bakal Nikah, Netizen ‘Cuit’ Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada

Berikutan munculnya dakwaan mengatakan pelakon Hafidz Roshdi bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita kontroversi, Athira Yuhada pertengahan bulan ini, ia sekaligus mencuri perhatian dan menerima pelbagai respon daripada warga maya.

Menjengah ke media sosial dan juga forum, ramai sudah mula memberikan reaksi mereka mengenai perkara itu serta ‘mengungkit’ kembali kes-kes mahkamah dan perceraian yang terjadi sebelum ini terhadap Hafidz dan bekas isteri, Shuhada.

Advertisement

Antaranya, soal nafkah yang sebelum ini didakwa tertangguh selain kes pukul yang dihadapi Shuhada sebelum ini.

KOMEN NETIZEN

Netizen sempat ‘berpesan’ kepada Hafidz agar tidak melupakan nafkah kedua anaknya setelah berkahwin baru kelak.

Ada juga yang memerli Athira apabila netizen mula ‘memetik’ kembali perbualan WhatsApp yang tersebar di antara dia dan Hafidz Roshdi.

Terdahulu, tular sekeping foto memaparkan kad undangan jemputan perkahwinan didakwa milik Hafidz dan Athira.

Dalam foto tersebut, tertera tarikh perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember ini di sebuah dewan terletak di Selangor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hafidz roshdi
5 months ago

(TERKINI) Hafidz Roshdi & Athirah Yuhada Bakal Bernikah 16 Disember Ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...