“Semua Indah Kalau Tak Busuk Hati..” – Tayang Gambar ‘Pre-Wedding’, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 13 Julai Ini

Hiburan

“Semua Indah Kalau Tak Busuk Hati..” – Tayang Gambar ‘Pre-Wedding’, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 13 Julai Ini

Pelakon dan penyanyi rap, Cat Farish telah memuat naik hantaran gambar pra perkahwin dengan bakal isterinya, Shikin Maembong.

Menerusi hantaran tersebut, Cat atau nama sebenar Farish Ramli dilihat memakai set lengkap pakaian pengantin bersama kakak kepada pelakon, Emma Maembong itu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, anak-anak kepada Cat turut dilihat memakai pakaian sedondon di dalam gambar pra perkahwinan mereka.

 

Menerusi ruangan kapsyen, Cat meluahkan kata-kata manis untuk bakal isterinya dah mengatakan hubungan mereka terjadi kerana keikhlasan hati kedua pihak.

Semua ini indah bila kita ikhlas, jujur, tak sakit hati dan busuk hati.

Berbeza dengan hubungan sebelumnya bersama bekas isteri, Suriani Hassan berang dan mendakwa penyanyi rap itu mempunyai hutang sebanyak RM10,000 yang masih belum dibayar.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun itu memaklumkan dia dan Shikin akan bernikah pada 13 Julai ini.

Malah, Cat berkata dia enggan menangguhkan perkahwinan mereka memandangkan masing-masing sudah berusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib kedai minuman bubblebee
10 months ago

"Menyesal Kerja Kat Situ" - Shuib Jawab Dakwaan Bubblebee Tempat 'Cuci Duit', Ditaja Freemason

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...