Written by Bella | September 27th, 2019

Tidak lama lagi pelakon Elfira Loy bakal bergelar ibu dan semestinya untuk menyambut kelahiran anak pertama, macam-macam persoalan akan bermain di fikiran.

elfira loy

Meminta pendapat pengikutnya di Instagram mengenai jenis botol susu yang patut dibawa ke hospital, ada pula pihak yang salah erti dengan pertanyaan Elfira itu. Kenapa tidak mahu berikan susu badan kepada bayi yang bakal lahir nanti?

Elfira menjelaskan dia tidak pun berniat untuk memberi susu formula sepenuhnya kepada anak yang bakal lahir nanti, cuma menyediakan keperluan bayi.

elfira loy susu bayi

elfira loy

Bukan saya tak nak breastfeeding baby terus lepas dia lahir tapi manalah tahu kotlah tak sure dia minum ke tak, ada ke tak susu, larat ke tak, ke tak panjang umur… Wallahualam. Janji El adalah sediakan. Cuma I don’t know which one is the best. Tapi ada jugak cakap nurse bagi guna sudulah, syringe lah.

Menjadi seorang ibu adalah anugerah yang terindah dan pastinya Elfira mahu menyusukan bayinya sepenuhnya. Botol susu hanya sebagai bantuan sekiranya ada susu badan yang berlebihan.

elfira loy

Of course I wanna fully breastfeed the baby just like any other mothers out there. Bottles are for backups. Pumping pulak kot lah nak duduk lama sikit pastu rasa macam eh banyak pulak susu. Guna pilah pump bagi rasa tak sakit pastu simpanlah dapat juga susu dari buang. Sat gi pak dia pun boleh rasa susukan anak dia.

Rasa teruja dan perasaan untuk menyambut cahaya mata pertama memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bakal bersalib pada Oktober ini, kami doakan agar segala urusan Elfira dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | September 25th, 2019

Sedang menanti detik kelahiran bayi sulungnya, pelakon Elfira Loy dilihat semakin cantik dan berseri-seri. Terserlah sinar kebahagiaan di wajahnya.

elfira loy

Baru-baru ini Elfira ada memuat naik foto ketika dia dan suami menghadiri majlis akad nikah sahabatnya yang juga merupakan anak kepada pelakon terkenal Rosyam Nor.

elfira loyelfira loy pakai sopan ketika hamil

Mengenakan sepasang jubah, rata-rata netizen memuji gaya pemakaian Elfira kelihatan sangat sopan dan anggun berbanding dengan artis lain yang ada kalanya berpakaian ketat ketika hamil.

“Sedap mata memandang. Tak

macam artis lain, ketat sangat”

elfira loy dipujielfira loy sopan hamilelfira loyelfira loyMemang berseri betul Elfira, citarasanya dalam berpakaian juga sangat sesuai dengan dirinya. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Written by Bella | August 2nd, 2019

Sedang hamil tujuh bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy begitu teruja melakukan pelbagai persiapan bagi keperluan dirinya dan anak yang bakal lahir pada bulan Oktober ini.

elfira loy hamil tujuh bulan

Menerusi akaun Instagramnya, Elfira berkongsi dia sudah mula menyediakan bilik untuk anaknya. Pada masa yang sama, Elfira banyak membaca menambah ilmu mengenai proses kehamilan, penyusuan serta pelbagai perkara lain tentang penjagaan bayi.

elfira loy penyusuan bayiNetizen juga tidak ketinggalan untuk berkongsi beberapa tips kepada Elfira. Mereka menasihatinya untuk menjaga pemakanan, emosi agar tidak terlalu tertekan.

elfira loy baby bump

Rasa teruja dan perasaan untuk menyambut cahaya mata pertama memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami doakan agar segala urusan Elfira dipermudahkan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | July 25th, 2019

Tidak lama lagi pelakon Elfira Loy bakal melahirkan anak pertamanya. Elfira meluahkan rasa syukur apabila proses kehamilannya dipermudahkan. Tiada mengidam makanan pelik ataupun alahan yang teruk.

Alhamdulillah, saya tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan dan segalanya senang untuk dilalui oleh saya.

Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik, cuma saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat.

Merasai ketakutan yang sama seperti ibu-ibu lain yang bakal melahirkan anak sulung, Elfira akui dia merasa sedikit gementar. Elfira berharap orang ramai dapat mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan sama seperti saya. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.

Selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana Allah melancarkan semua proses dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya mudah bersalin nanti.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris K Anuar pada 1 Januari lalu dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak