June 13th, 2018

Isu tentang tuntutan nafkah dan luahan Elly Mazlein mengenai bekas suaminya yang turut enggan memberikan wang persiapan raya untuk anak mereka, Putri Sara Sefhia agak hangat diperkatakan semalam. Elly turut menemplak agar Azmi Hatta tidak kedekut dengan dengan darah daging sendiri kerana rezeki akan menjadi sempit.

Susulan perkara itu, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sekali lagi menjadi ‘perisai’ dan mempertahankan suaminya. Menurut Faye, Azmi bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki yang lebih dengan setiap anak-anaknya jika benar mereka hidup mewah seperti yang didakwa oleh Elly.

Faye juga membidas beberapa komen netizen yang mempersoalkan Azmi yang culas menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah. Jelas Faye, Azmi hanya membayar nafkah mengikut kemampuannya.


Terdahulu, Elly menerusi akaun Instagramnya menuntut nafkah serta wang perbelanjaan hari raya daripada Azmi. Kata Elly, bekas suaminya itu sudah semakin berjaya dan kini mempunyai syarikat produksi sendiri. Namun, masih berdegil untuk  menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan memberikan alasan tidak mampu memberikan nafkah sebanyak RM1500 kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

April 13th, 2018

Pelakon Faye Kusairi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hasil perkahwinan dengan pengarah Azmi Hatta pada hari ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Berita itu dikongsikan Faye di akaun Instagramnya,

Faye memberitahu mereka akan berkongsi nama putera mereka kemudian hari. Faye menulis:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kehadiran si comel itu juga disambut bahagia dua abangnya, Azim, 18, dan Afif, 17 yang merupakan anak Azmi dengan isteri pertama. Malah bekas isteri pertama Azmi, Yanti Zolidia Kassim turut hadir meraikan bayi itu dengan membawakan kek marbel untuk Faye.

Good Morning semua! Alhamdulillah… Alif got a visit from his brothers dan Ibu. Alif sayang Ibu, Abg Azim & Abg Aqif so much!! Thank you Kak @yantizolidiakassim for always being caring and extra thoughtful to me. Sumpah i kenot move on from your Marble cake. Yan habiskan dah. Nasib baik I makan half dalam kereta aritu. Smart move WALAUPUN tak sempat potong TERUS ngap! ?? Siapa2 nak try kek kek yg Mommy kata sedap gila ni, check out & FOLLOW @yantiskitchenette !! I GUARANTEE YOU SEDAPLAHHH! ?

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on

Faye dan Azmi melangsungkan pernikahan pada 9 April 2017. Perkahwinan dengan Faye ialah perkahwinan Azmi yang ketiga.

Sebelum Faye, Azmi pernah berkahwin dengan pelakon Elly Mazlein dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Zara Sephia, 2.- beautifulnara.com

July 3rd, 2017

Adui. Tergelak sakan Abang Nara membaca kata-kata Elly Mazlein ini. Memang lawak sangat-sangat. Ini semua gara-gara satu status yang dimuatnaik oleh Faye Kusairi yang melahirkan kekecewaan suaminya (Azmi Hatta) yang tidak dapat beraya dengan anaknya, Sefhia.

sefhia elly mazlein

Enggan dilihat sebagai seorang bekas isteri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, Elly Mazlein telah tampil menjelaskan keputusan yang diambil olehnya. Memang pedas sungguh kata-kata Elly Mazlein. Boleh menangis membacanya. Kata Elly:-

Sefhia berumur 1 tahun 3 bulan ya. Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa utk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai? Sefhia masih nyusu badan.Di manakah otak? Mahkamah sudah putuskan hanya bole bermlm dengan sefhia apabila sudah berumur 5 tahun.

Jangan nak bagi org luar confuse psl hak penjagaan anak ( BAYI) ya. Orang macam ni lah yang suka buat ibu2 yg ada masalah atau mereka yang belum berkahwin jadi takut tentang hak penjagaan anak lepas cerai.

Mahkamah tidak Zalim memisahkan mama dan anak yang masih nyusu badan . Heartbreak kuih ketayap ikan terubuk masin kamu.

sefhia elly mazlein

Tambah Elly lagi:-

Persiapan sefhia rm1500 x dpt lg , lg nak cerita pasal heartbreak kuih ketayap. Hari biasa ada Kamu nak dtg tengok anak? Masa Sefhia masih baby tak sampai 1 bulan tengah sakit kuning, jengok anak pun tak sebab busy bcinta dgn Si Tembok lusoh.hantar ke hospital medical check up
Sefhia haram kamu nak hantar.skrg ada hati nak cita psl heartbreak? Senyum sampai gigi ketelinga lagi ada .heartbreak mesin jahit utang 20 kali baya kamu.

Ni ada hati nak ambil Sefhia sampai 4 hari d hari raya. Sefhia pun tak kenal Kamu & juga orang keliling kamu. kalau sefhia menangis tak berhenti 4 hari x ke kamu mdera budak itu? Hari raya pulak sebuk heartbreak kuih ketayap basi. Lawak Kamu sungguh sayu menangis di batu lesong smbil meminta mata mu di lesongkan

sefhia elly mazlein

Hehehe. Kelakar kan? Respek dengan Elly Mazlein yang begitu berterus terang dengan apa yang telah terjadi. Secara logiknya memang tak boleh untuk Sefhia balik bermalam bersama ayahnya. Bukannya saja-saja Elly Mazlein membuat keputusan sebegitu. Apa pun diharap mereka akan dapat beraya bersama satu hari nanti. Syawal kan sebulan. Tak gitu?

May 25th, 2017

Sah bernikah dengan pengarah Azmi Hatta bulan April lepas, pelakon Faye Kusairi nampaknya agak terbuka membicarakan soal cahaya mata. Menurut Faye, beliau dan suami merencana untuk mendapat anak tahun depan. Walaubagaimanapun, Faye dan suami tidak menolak sekiranya ada rezeki awal untuk menimang cahaya mata kerana percaya ia adalah kententuan Allah SWT.

Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu.

Berbicara mengenai beliau yang agak kurang menonjol selepas berkahwin, Faye berkata beliau lebih senang untuk bersikap “low profile” dan enggan mencari publsiti.

Sumber Berita : mStar Online