Susulan perkara itu, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sekali lagi menjadi ‘perisai’ dan mempertahankan suaminya. Menurut Faye, Azmi bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki yang lebih dengan setiap anak-anaknya jika benar mereka hidup mewah seperti yang didakwa oleh Elly.
Faye juga membidas beberapa komen netizen yang mempersoalkan Azmi yang culas menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah. Jelas Faye, Azmi hanya membayar nafkah mengikut kemampuannya.
Terdahulu, Elly menerusi akaun Instagramnya menuntut nafkah serta wang perbelanjaan hari raya daripada Azmi. Kata Elly, bekas suaminya itu sudah semakin berjaya dan kini mempunyai syarikat produksi sendiri. Namun, masih berdegil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan memberikan alasan tidak mampu memberikan nafkah sebanyak RM1500 kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

Anonymous
June 21, 2018 at 10:31 am
sebab tu islam tak suka pasangan suami isteri bercerai. kau igt bila dh bercerai boleh settle ke smua masalah. boleh hidup aman ke dua2 pihak? boleh move on ke? no!!! ank2 jdi mangsa, masa ni bru laa pandai nk bercakap ikut hukum islam itu ini. masa kau bercerai dan menggatal dgn prmpuan lain xde pulak pikr hukum islam? now yg dpt kesan ialah anak2. igt anak2 boleh hidup ke tanpa mak ayah? even isteri boleh galas tugas suami but not same at all. ayah is ayah dan mak is mak. kesian tau ank2, kecik2 dh brmasalah.