Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elly Mazlein Tuntut Belanja Raya Anak Daripada Bekas Suami

Isu Elly Mazlein yang ingin menuntut nafkah anaknya daripada bekas suami, Azmi Hatta masih belum menemui jalan penyelesaian. Sehingga hari ini, Azmi masih berdegil untuk menunaikan tanggungjawab itu seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Advertisement

Lebih mengecewakan lagi, Azmi juga tidak memberikan sebarang perbelanjaan untuk persiapan hari raya yang bakal tiba beberapa hari buat anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Terbaru, Elly menerusi akaun Instagramnya membuat tuntutan tersebut terhadap bekas suaminya secara terbuka.  Elly pada masa yang sama meningatkan Azmi untuk tidak kedekut dan berkira dengan darah dagingnya sendiri selain meluahkan rasa kesal terhadap pengarah drama itu yang melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016. Namun, Azmi memberikan alasan beliau tidak mampu memberikan nafkah sebanyak itu kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. jiranlamahatta

    June 12, 2018 at 2:44 pm

    jap..kemain elly ni kan.. orang dok sebokkkkk kata macam la elly tu hellok sangat.
    oii elly, kau nak kutuk faye tu perampas..kau tu hape… smpai bercerai berai bini pertama hatta dengan dengan hatta.. sebab ape, sebab kau tak nak bermadu kan. sbb tu kau sanggup bertahun2 konon bertunang! kaduk naik junjung kau erh, nasib la bini pertama hatta bukan jenis menyalak mcm kau. kau pun spesis je..

    • Timah

      June 12, 2018 at 4:47 pm

      faye ke ni??

    • Yekeni

      June 13, 2018 at 5:12 am

      Perampas ke apa ke, itu lain story. Ini story nafkah anak. Kalau cerai tanpa dirampas pun tanggungjawab nafkah anak tetap sama. Cerdikkan sikit minda itu agar dapat membezakan situasi. Kenapa sempit sangat akal tak boleh berfikir. Ishh! Malaysian law sangat longgar. In singapore, he will be in jail.

  2. sheila

    June 12, 2018 at 1:33 pm

    mmg patut punn sis mintak… serius !! ni hak kita tau !

  3. tuan hakim

    June 12, 2018 at 12:39 pm

    kat Singapore kalau bekas isteri mengadu kat mahkamah syariah yg bekas suami tak nak bayar nafkah anak2 yg telah ditetap kan oleh mahkamah,bekas suami bleh kena penjara..

    • SHR. I3ADS.

      June 12, 2018 at 12:56 pm

      Butul tuuuu…….memang patut pun……padan muka ……..nak lepas tangan je……berfoya2 banyak pulak duit……

  4. cik pah

    June 12, 2018 at 12:28 pm

    siap cc Dr Wan Azizah lagi..
    KIPIDAP DONGIBAB

  5. potong je EPF...sbb liat

    June 12, 2018 at 12:20 pm

    ternyata…byk wanita teraniyai skrg kerana kelakuan bekas2 suami.
    Mana menteri pembangunan wanita, kena “prihatin byk dlm hal ni”.

    Buat potongan gaji pada bekas suami yg ada mencarum di KWSP. Byr pada bekas wife yg ada menanggung anak masih di bwh umur 18 taon.

    Ini wajib..sbb potongan EPF pun wajib kan.
    Jabatan Agama juga mesti melarang bekas2 suami ke luar negara jika x mampu bagi nafkah pda anak2 yg masih kecil x tahu ape2.

    • Anonymous

      June 12, 2018 at 4:04 pm

      sokong

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top