July 3rd, 2017

Adui. Tergelak sakan Abang Nara membaca kata-kata Elly Mazlein ini. Memang lawak sangat-sangat. Ini semua gara-gara satu status yang dimuatnaik oleh Faye Kusairi yang melahirkan kekecewaan suaminya (Azmi Hatta) yang tidak dapat beraya dengan anaknya, Sefhia.

sefhia elly mazlein

Enggan dilihat sebagai seorang bekas isteri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, Elly Mazlein telah tampil menjelaskan keputusan yang diambil olehnya. Memang pedas sungguh kata-kata Elly Mazlein. Boleh menangis membacanya. Kata Elly:-

Sefhia berumur 1 tahun 3 bulan ya. Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa utk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai? Sefhia masih nyusu badan.Di manakah otak? Mahkamah sudah putuskan hanya bole bermlm dengan sefhia apabila sudah berumur 5 tahun.

Jangan nak bagi org luar confuse psl hak penjagaan anak ( BAYI) ya. Orang macam ni lah yang suka buat ibu2 yg ada masalah atau mereka yang belum berkahwin jadi takut tentang hak penjagaan anak lepas cerai.

Mahkamah tidak Zalim memisahkan mama dan anak yang masih nyusu badan . Heartbreak kuih ketayap ikan terubuk masin kamu.

sefhia elly mazlein

Tambah Elly lagi:-

Persiapan sefhia rm1500 x dpt lg , lg nak cerita pasal heartbreak kuih ketayap. Hari biasa ada Kamu nak dtg tengok anak? Masa Sefhia masih baby tak sampai 1 bulan tengah sakit kuning, jengok anak pun tak sebab busy bcinta dgn Si Tembok lusoh.hantar ke hospital medical check up
Sefhia haram kamu nak hantar.skrg ada hati nak cita psl heartbreak? Senyum sampai gigi ketelinga lagi ada .heartbreak mesin jahit utang 20 kali baya kamu.

Ni ada hati nak ambil Sefhia sampai 4 hari d hari raya. Sefhia pun tak kenal Kamu & juga orang keliling kamu. kalau sefhia menangis tak berhenti 4 hari x ke kamu mdera budak itu? Hari raya pulak sebuk heartbreak kuih ketayap basi. Lawak Kamu sungguh sayu menangis di batu lesong smbil meminta mata mu di lesongkan

sefhia elly mazlein

Hehehe. Kelakar kan? Respek dengan Elly Mazlein yang begitu berterus terang dengan apa yang telah terjadi. Secara logiknya memang tak boleh untuk Sefhia balik bermalam bersama ayahnya. Bukannya saja-saja Elly Mazlein membuat keputusan sebegitu. Apa pun diharap mereka akan dapat beraya bersama satu hari nanti. Syawal kan sebulan. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...