March 19th, 2019

Meskipun tidak pernah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi, ramai yang tahu pelakon Redza Rosli dan Ayda Jebat cukup mesra bersama seperti pasangan bercinta.

Lama juga sebenarnya tidak dengar perkembangan terbaru tentang mereka, tetapi nama kedua-dua selebriti ini kembali menjadi sebutan apabila Redza memuat naik ucapan hari jadi penuh dengan bait-bait romantis buat Ayda.

Rata-rata netizen menyifatkan pasangan ini sangat serasi dan tidak sabar untuk mereka ini cepat-cepat naik pelamin.

Kalau ada jodoh tidak kemana kan? Doakan yang baik-baik buat Redza dan Ayda.

April 2nd, 2018

Pelakon popular Ayda Jebat tidak menyangka beliau mampu membuat hati penonton terusik dan memuji lakonan beliau sebagai gadis bisu dan pekak didalam drama Aku Nazmi yang ditayangkan di TV3 Sabtu lalu.

Bukan mudah untuk “menghidupkan” watak tanpa sebarang dialog, Ayda meluahkan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima.

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi ‘trending’ di Twitter. Malah, saya turut menerima mesej daripada peminat, rakan-rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapkan tahniah kerana berjaya membawakan watak yang susah ini.

Watak gadis bisu dan pekak ini sangat susah sebab kena belajar bahasa isyarat. Sepanjang tempoh itu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal.

Pertama kali memegang watak itu, Ayda akui beliau sangat menghargai sokongan peminat. Akhirnya segala usaha beliau demi menyampaikan mesej disebalik drama tersebut berbaloi dan memberikan kesan yang mendalam.

Sumber Berita : Harian Metro

May 30th, 2017

Ketika ini, ada dua drama yang sedang ditayangkan dan bersaing antara satu sama lain iaitu drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli serta drama Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura.  Namun, jika dilihat, drama Hero Seorang Cinderella lebih hangat diperkatakan berbanding drama Ku Kirim Cinta.

Melihat situasi berkenaan, Ayda Jebat menerusi portal mStar Online akui promosi Hero Seorang Cinderella membuatkan ia menjadi perhatian ramai berbanding drama lakonannya itu. Walaubagaimanapun, Ayda tidak merasa tertekan kerana drama Ku Kirim Cinta sebenarnya ada juga mendapat perhatian penonton dan ia trending di Twitter pada hari pertama tayangannya.

Bagi saya peminat yang menonton drama Ku Kirim Cinta dan Hero Seorang Cinderella adalah ketegori yang berbeza. Biarpun kurang promosi tapi pihak TV3 menyedari slot Akasia sudah ada peminat tersendiri. Mereka tahu tanpa promo yang berlebihan ia boleh berjaya.

Tambah Ayda lagi, drama tersebut menerima reaksi yang positif daripada penonton sepanjang minggu pertama tayangan kerana ia bukanlah drama adaptasi novel yang rata-rata penonton sudah boleh mengetahui jalan cerita dan pengakhir sesebuah drama itu serta membandingkan watak yang dilakonkan.

Alhamdulillah, saya banyak dapat respons positif daripada penonton, boleh dikatakan tiada ramai yang komen negatif semua baik-baik. Mungkin kerana drama ini bukan drama adaptasi yang mana orang boleh tahu jalan cerita menerusi novel dan membandingkan karakter dengan watak yang dibawa oleh pelakon.

Tidak dinafikan drama Hero Seorang Cinderella mendapat lebih banyak perhatian dan sambutan yang lebih hangat daripada penonton. Namun, drama Ku Kirim Cinta juga mempunyai jalan cerita yang tersendiri.  Apa pula komen anda? Minat drama yang mana satu?

Sumber Berita : mStar Online

May 16th, 2017

Gagal membawa pulang sebarang trofi pada malam ABPBH 3.0 yang lalu, pelakon Ayda Jebat tidak patah hati dan akur bahawa rezeki tidak berpihak kepada dirinya pada tahun ini. Walaubagaimanapun, Ayda tetap mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi beliau sehingga tercalon dalam senarai top 5 ABPBH.

Sudah bukan rezeki saya untuk membawa pulang sebarang trofi di malam ABPBH. Saya menerima keputusan dengan berlapang dada dan mereka yang menerima trofi ABPBH layak menang.

Terima kasih kepada pengundi dan peminat saya, AJScreamer yang tak berhenti menyokong kerjaya seni saya selama ini. Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi selepas ini dalam memberikan kualiti kerja yang lebih bagus untuk semua peminat.

Tambah Ayda lagi, meskipun beliau tewas ia tidak sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bergiat aktif dan memberikan yang terbaik didalam bidang lakonan dan nyanyian.

Bila saya menang anugerah, ada yang mempertikaikan. Jika saya tidak membawa pulang sebarang trofi, ada juga yang mempersoalkan. Bagi saya, menang kalah adalah adat pertandingan. Saya tidak harus rasa ralat. Jika saya rasa begitu, saya seperti mempersoalkan ketentuan dan aturan Tuhan. Saya tidak patah semangat dan mahu berusaha dengan lebih kuat lagi.

Teruskan lagi usaha untuk terus menyinari industri hiburan tempatan. Siapa tahu tahun depan populariti Ayda melonjak naik lagi dan mampu untuk memenangi trofi ABPBH.

Sumber Berita : Astro Gempak