Written by Bella | April 2nd, 2018

Pelakon popular Ayda Jebat tidak menyangka beliau mampu membuat hati penonton terusik dan memuji lakonan beliau sebagai gadis bisu dan pekak didalam drama Aku Nazmi yang ditayangkan di TV3 Sabtu lalu.

Bukan mudah untuk “menghidupkan” watak tanpa sebarang dialog, Ayda meluahkan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima.

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi ‘trending’ di Twitter. Malah, saya turut menerima mesej daripada peminat, rakan-rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapkan tahniah kerana berjaya membawakan watak yang susah ini.

Watak gadis bisu dan pekak ini sangat susah sebab kena belajar bahasa isyarat. Sepanjang tempoh itu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal.

Pertama kali memegang watak itu, Ayda akui beliau sangat menghargai sokongan peminat. Akhirnya segala usaha beliau demi menyampaikan mesej disebalik drama tersebut berbaloi dan memberikan kesan yang mendalam.

Sumber Berita : Harian Metro

16 responses to Ayda Jebat Luah Rasa Syukur Lakonan Sebagai Gadis Pekak Dan Bisu Dipuji Netizen

  1. aku says:

    BEST SGT!

    9

    0
    • Che ah says:

      Serious mantap semua tu. Pelakon yg terlibat semua all out. Cerita pun best. Suka cara sheila rusli n team JS pictures. Dalam tegas ada sayang, dalam kerja ada santai nya. Semua macam big family. Tahniah tok sidang sebab berjaya jadi ketua yang tip top

      3

      0
  2. anum says:

    aku sekrang tgh layan citer tak ada cinta sepertimu…..yg jadi bualan hangat

    7

    0
  3. zaleha says:

    agree sangat! lakonan sgt mantap. dulu memang lah tak rasa dia pelakon yg baik, tapi lepas tgk citer ni, dia memang patut terima pujian kerana sgt menjiwai watak …

    6

    0
  4. melati says:

    “Netizen yg puji Aida Jebat ni ” , mesti Netizen yg Pekak & Bisu gk kan….kikiki

    0

    34
  5. Naise says:

    Artikel ayda jebat selalu byk komen and mostly negative…. tpi kat sini krik krik pulak, hehe

    tahniah ayda jebat sbb buat yg terbaik but I think salah satu sbb nye mesti training dri sheila rusli, sbb prnah tgk video dia bagi betulkan lakonan artis kt set, uih seram jugak, lol. Tak dinafikan sheila mmg antara org yg bekerja keras dan hebat brlakon. Actually kalau nk ikutkan walau aku x minat sgt ayda jebat, boleh nmpk ah yg dia mmg usaha keras dan kuat mencuba

    2

    0
  6. Gorges says:

    Tahniah pada Sheila Rusli yg membimbing AJ jiwai watak

    2

    0
  7. Spider says:

    Dia berlakon ok….menyanyi je problem ..

    2

    0
  8. greenfingers says:

    tahniah ayda, tgk jugak cite ni even jarang tgk cite melayu. Slalu lakonan ayda ni xda emosi, mcm patung je berlakon. Tp kali ni nmpk dia menjiwai watak tu. Satu perkembangan yg sgt2 positif.

    2

    0
  9. Anonymous says:

    Sorry Ayda Jebat, sebab perangai adik adik gedik semacam, aku tukar channel tak tgk pun cerita ni sbb ko berlakon.

    0

    1
  10. Anonymous says:

    Aku juga tak minat AJ

    1

    0
  11. damai says:

    Ayda Jebat, yg jadi Nazim, Sheila Rusli, dan semua pelakon mmg menjiwai watak, jalan cerita dia best, banyak pengertian

    0

    0
  12. lala says:

    mmg bagus dia bwk watak dlm citer ni..yg hero pon sama..walopon aku x suke aj ni, tp aku puji lakonan dia utk citer ni best.mgkn sbb xde suara kot, tu yg okey je tgk smpai abes..

    0

    0
  13. ichi says:

    awk mmg besh

    0

    0

Leave a Comment

Optional