Written by Bella | May 10th, 2017

Penyanyi rock terkenal, Awie kini sedang berusaha untuk membantu golongan artis dan meminta masyarakat untuk lebih menghargai mereka. Walaupun ada pihak yang menganggap beliau sengaja ingin mencari simpati, Awie sedikit pun tidak kisah dengan segala persepsi negatif terhadap dirinya.

Mujur saya seorang yang sangat positif. Saya tak peduli apa yang orang nak cakap. Yang saya tahu kerja-kerja kemanusiaan ini saya lakukan kerana mahu mengembalikan nilai, maruah dan kedudukan anak-anak seni yang suatu masa ketika golongan ini masyhur, mereka dipuja, diangkat dan disayangi tetapi apabila sudah sampai usia senja, mereka diabaikan, dipinggirkan dan nasib mereka saling tidak ubah seperti pampers (lampin pakai buang). Jangan jadikan artis seperti pampers kerana artis bukan pampers.

Demi membela nasib selebriti di Malaysia, Awie memberitahu beliau tidak malu untuk mengetuk pintu pejabat mana-mana orang berpengaruh di negara ini untuk sama-sama menjayakan usahanya itu.

Usaha Awie ini harus dipuji kerana cuba untuk memberikan masa depan yang lebih baik buat selebriti di Malaysia. Harapnya, ada pihak yang sudi bekerjasama dengan beliau untuk menjayakan hasrat murni ini.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | January 5th, 2017

Dikatakan sebagai punca konsert Wings dibatalkan di Kota Kinabalu, Sabah, ada khabar angin mengatakan pemain gitar, Joe bakal digugurkan daripada kumpulan rock tersebut.

Walaubagaimanapun, Awie yang merupakan vokalis Wings enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan dan berkata ia adalah masalah dalaman kumpulan mereka dan perkara itu masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings. Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media.

Awie bertindak untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut kerana tidak mahu perkara menjadi lebih panjang dan mengeruhkan lagi keadaan.

Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya.

Joe juga nampaknya tidak mahu tampil menjelaskan perkara sebenar dan usaha media untuk bertanyakan isu ini juga gagal.

Agak sayang sebenarnya untuk lihat kumpulan Wings yang sudah berpuluh tahun membina nama bersama berpecah. Harapnya segala kemelut yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 27th, 2016

Pernah dihimpit kontroversi kerana penceraian beliau dengan Rozana Misbun, kini penyanyi Awie sedang berbahagia selepas berkahwin dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober lepas.

Apa yang membuatkan Awie lebih gembira ialah ketika melihat anak-anaknya cukup rapat dan bahagia di bawah jagaan Ladyana sebagai ibu tiri mereka.

Awie akui beliau terharu dengan kasih sayang serta pengorbanan isterinya itu demi anak-anaknya.

Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya ‘mummy’. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya.

Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik.

Tambah Awie, sejak berkahwin mereka sama-sama menguruskan persekolahan anak-anak.

Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.

Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 5th, 2016

Baru sahaja ingin membina hidup baharu dan menanti detik untuk bernikah, penyanyi Awie memberitahu beliau,  bakal isteri dan anak-anaknya diserang penyakit misteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan.

Kesakitan itu membuatkan beliau susah untuk melakukan pekerjaan. Awie mempercayai penyakit itu adalah perbuatan sihir daripada manusia yang tidak senang melihat kebahagiaan beliau kini.

Kesakitan ini sering berlaku ketika saya hendak memulakan kerja dan ketika saya berada di rumah, kaki kanan saya nak pijak lantai pun sakit sehingga memaksa saya memakan ubat tahan sakit selama sebulan.

Bila ke klinik doktor sahkan gout tetapi saya tak rasa begitu kerana tiada simptom-simptom gout seperti yang diberitahu doktor. Jadi saya tahu ia bukanlah sakit biasa tetapi ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang perlu dirawat melalui kaedah tertentu.

Tidak mahu terus menjadi mangsa sihir, Awie telah bawa dua pengamal perubatan daripada Indonesia untuk berubat. Menurut pengawal perubatan berkenaan, ada pihak yang mengkhianat beliau dengan menggunakan abu mayat serta pasir daripada kubur yang dipercayai ditaburkan di sekeliling rumahnya.

Tambah Awie, beliau pernah terbau bau busuk dan beberapa kali melihat kelibat yang  menakutkan di rumahnya.

Antara kaedah rawatan yang dilaluinya kini Awie serta anak-anak dan bakal isteri diberi minum air kelapa oleh pengamal perubatan sebelum mengalami muntah yang luar biasa selepas itu.

Lebih pelik, pernah terjadi rumah saya berbau bangkai yang sangat kuat terutamanya di bilik anak perempuan saya selain saya sendiri beberapa kali melihat kelibat yang menakutkan di dalam rumah sekalipun saya sendiri sudah berpindah ke rumah baru.

Saya tak pasti berapa lama lagi kami akan melalui situasi getir ini tetapi selagi nyawa saya masih ada, saya tidak akan berputus asa untuk terus berubat.

Mungkin ada yang tidak percaya di zaman serba moden ini masih ada lagi mereka yang mengamalkan sihir untuk menghkhianati orang lain. Namun, selagi adanya penyakit hasad dengki semua perkara ini tidak mustahil bukan?

Sumber Berita : mStar Online