Penyanyi lagenda, Datuk Awie tampil membuat respon balas apabila kenyataannya sebelum ini telah disalah erti oleh sesetengah individu sehingga menjadi tular sebentar di media sosial.
Terdahulu, Awie telah mengulas mengenai kebanjiran artis kelahiran Youtube yang didakwanya sebagai ‘artis perompak kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar.
View this post on Instagram
“Saya sebenarnya sangat terbuka untuk menerima kelahiran artis baru dalam industri hiburan dengan mengikut cara yang betul. Saya pun dah lama dalam bidang ini dan bukan nak cari gaduh. Buat apa saya nak menidakkan rezeki mereka.”
Awie yang ditemui dalam sebuah majlis Wings Raikan Cinta Ramadan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hanya menggesa persatuan muzik untuk menyelaras dengan lebih baik serta membuat satu penilaian bagi menilai bakat-bakat baru ini sebelum tampil sebagai artis.
View this post on Instagram
Seperti contoh, seseorang yang ingin bergelar artis nyanyian haruslah mempunyai lagu sendiri serta album penuh.
“Bila ada lagu sendiri, mereka boleh buat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri. Takkan setiap kali menyanyi nak menyampaikan lagu orang lain. Bila menyanyi lagu sendiri, dari situ kita boleh menilai dan nampak potensi mereka.” ujarnya lagi.
tecit
May 3, 2021 at 9:18 am
betol jugak. kene ade 1 album at least baru boleh up level jd penyanyi.
Anonymous
May 2, 2021 at 2:53 pm
Khannnnn…. ini semue poyooooo. Itu lah mentality retis. Begitulah juga zed zaidi. Kalau presidentnye pon camtu, inikan pula retis2 nye. Hahaha. Kalau dah mnyanyi bagus, org suke, stesen tv pon panggil la. Untuk dierang dapat rating. Kalau camtu cik b gan lip sukri tu ade duit boleh bayar composer utk buat lagu kat die 1 album, so boleh jd penyanyi lah kirenye yeee. Bobo dimana bobo dimana, babi shama shiapa
Anonymous
May 2, 2021 at 2:05 pm
pura2 kenyatannya diputar belit.
dah jtulah yg sebenarnya org cakap dinafikan pula.