“Rock Memang Ada ‘Attitude’ Gamp*ng, Tapi…” – Isu Vokalis Band Ludah, Awie Tanya ‘Itu Rocker Ke Beruk?’

Hiburan

“Rock Memang Ada ‘Attitude’ Gamp*ng, Tapi…” – Isu Vokalis Band Ludah, Awie Tanya ‘Itu Rocker Ke Beruk?’

Meskipun pengurusnya telah menjelaskan sebab dia bertindak sedemikian, vokalis band terkenal tetap dikecam ramai netizen gara-gara isu meludah atas pentas baru-baru ini.

2 years ago

"Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik" - Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit

Advertisement

Sementara itu, vokalis kumpulan legend di negara kita, Dato’ Awie turut memberi komennya tentang hal terbabit yang sudah menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lepas.

`Kata penyanyi kumpulan Wings tersebut, tidak seharusnya seseorang itu menggunakan tiket ‘band rock’ untuk bertindak biadap kepada penonton ketika membuat persembahan atas pentas.

Band rock di negara kita juga tidak perlulah sampai terikut-ikut dengan pengaruh kumpulan rock luar yang selalu mencarut atau berkelakuan aneh atas pentas.

Rock ini ada kategori-kategorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul dia rocker, dia tidak begitu.”

Jelasnya lagi, bank di negara ini kebanyakannya Melayu dan bangsa itu mempunyai adab yang sangat tinggi.

Kata penyanyi berusia 53 tahun itu juga, penyanyi tidak perlu membawa masalah peribadi mereka ke atas pentas kerana akan memalukan banyak pihak.

Rock memang ada attitude gamp*ng tapi jangan ambil yang gamp*ng. Jangan mulakan sesuatu yang bod*h, carilah sesuatu dari sudut yang positif, dalams eni muzik macam-macam boleh dibuat.”

Awie turut menyeru semua penyanyi band agar menjaga adab dan kasihani ibu bapa yang sudah mengajar dan mendidik tentang abab sejak kita kecil.

Tambah Awie, penyanyi boleh bersikap ‘rebel’ tetapi dalam melalui cara luahkan dalam lirik, bukannya dengan attitude buruk atas pentas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...