Written by Bella | May 24th, 2016

Pernah akrab satu ketika dahulu dan sering memuat naik foto dan video bersama di akaun Instagram,  Zulin Aziz dan Ariz Forteen mendapat perhatian ramai.

Ada yang mendoakan agar mereka ada jodoh bersama tetapi ada juga kata-kata negatif dilemparkan kerana kurang senang dengan keakraban mereka. Sejak daripada itu, hubungan mereka mula renggang.

Walaubagaimanapun, Zulin menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau dan Ariz sudah berbaik semula sejak dua bulan lalu. Malah, mereka berdua sempat untuk bercuti ke Jepun bersama rakan-rakan lain baru-baru ini.

Semasa bergaduh, memang tidak ada sebarang komunikasi antara kami apatah lagi perasaan ingin berjumpa. Lagi pula apa yang berlaku selama ini bukan berpunca daripada kami, sebaliknya sikap orang luar. Sepanjang kami berkawan, saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan Ariz.

Memandangkan rakan kami adalah orang sama, mahu atau tidak mereka pasti bercakap perkara ini. Tidak dinafikan antara sebab kami boleh berbaik semula adalah kerana mereka.

Tambah Zulin, selama ini mereka terlalu menjaga hati orang lain sehingga persahabatan mereka terpaksa dikorbankan. Namun, kali ini mereka cuma mahu menjadi diri sendiri.

Dalam tempoh mereka sudah berbaik, Ariz ada meluahkan beberapa perkara yang selama ini dipendam didalam hatinya. Jelas Zulin, Ariz menasihati beliau untuk tidak terlalu memikirkan segala kritikan dan percakapan orang lain selepas ini.

Ariz memberitahu saya, kami kena ketepikan apa orang cakap selepas ini. Dia turut memahami keadaan saya yang dihentam teruk peminat. Sehingga ada yang menyalahkan saya apabila rapat dengan Ariz.

Rupa-rupanya Ariz pernah cuba nak berbaik dengan saya, tetapi keadaan tidak mengizinkan ditambah lagi isu ini masih ‘panas’. Apa yang pasti, dia lebih tenang daripada saya. Mungkin disebabkan saya jadi mangsa maka lebih emosi. Malah, saya berfikir banyak kali jika mahu berkawan semula dengannya.

Biarlah mereka berdua hendak berkawan, apa salahnya. Macam mana anda minat pada seseorang artis itu janganlah terlalu fanatik sampai rasa ada hak untuk menentukan hidup mereka.  Apa-apa pun, Alhamdullilah mereka sudah berbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by serenity | March 21st, 2016

Ariz Forteen dan Zulin Aziz pernah berkawan rapat sebelum ini. Biarpun menafikan mereka bercinta, hubungan mereka dikritik sesetengah pihak yang tidak bersetuju dan  berpendapat mereka tidak sesuai bersama.

Sebelum ini mereka sering menghadiri acara bersama dan adakalanya berpakaian warna sedondon menyebabkan ramai menganggap hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Dalam hal ini, Zulin lebih teruk dikutuk berbanding Ariz kerana hubungannya dengan Ariz. Kepada Berita Harian, Ariz memberitahu yang dia bersimpati dengan nasib Zulin:

Saya memahami keadaan Zulin yang sedih dicemuh dan dikutuk dari pelbagai segi. Lumrah kehidupan, tidak semua orang menyukai kita. Namun saya simpati dengannya apabila terkena tempiasnya hanya kerana rapat dengan saya. Namun ada juga yang memberi kata-kata positif mengenainya.

Mungkin lebih baik kami tidak terlalu kerap memuat naik gambar bersama bagi mengelakkan gosip cinta itu timbul lagi. Ia juga berikutan cerita cinta kami lebih digembar-gemburkan oleh semua pihak berbanding kerjaya seni kami sendiri.

Bagaimanapun, jika tiada aral melintang, saya dan Zulin akan bekerjasama untuk sebuah projek yang tidak boleh dikongsi bersama umum ketika ini. Sekiranya perancangan yang dibuat itu menjadi, pasti saya akan bercerita lebih lanjut lagi kepada semua.


 photo ariz zulin.jpg

Memang sesuatu yang menyedihkan apabila satu persahabatan menjadi renggang hanya kerana orang lain berpendapat satu pasangan itu tidak sesuai bersama. Keakraban perhubungan itu sepatutnya ialah sesuatu yang dipupuk dari perasaan saling menyukai dan tidak memerlukan restu pihak ketiga yang tidak kena-mengena dengan persahabatan mereka.

Tetapi kata orang jika ada jodoh, tak ke mana. Jadi bersabarlah, mungkin sesuatu yang baik akan muncul akhirnya buat mereka berdua.

Teater Muzikal Randai “CINDUA MATO”Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Barisan artis popular seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Ashraf Muslim, Puteri Aishah Sulaiman, Dato A. Tamimi Siregar, Dato’Jalaludin Hassan, Juhara Ayob Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik akan terlibat dalam pementasan ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pemuzik tradisional yang terdiri dari gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Kesenian JKKN.15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini.Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari http://www.airasiaredtix.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau dengan membelinya di outlet berikut:1. Rock Corner : The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)2. Victoria Music : Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Written by Bella | October 12th, 2015

Walaupun sering tampil mesra melalui fot-foto yang beliau kongsikan di Instagram, Zulin Aziz tetap mengakui bahawa hubungan beliau bersama Ariz Forteen tidak lebih daripada kawan.

Bila ditanya soal cinta, Zulin tidak menolak jika beliau ada jodoh bersama Ariz dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

Selagi kami tak cakap bahawa kami bercinta, orang akan tetap bertanyakan soalan yang sama. Kadang-kadang saya pelik, mereka tak penat ke sering tanya soalan yang sama. Jika benar saya ada perasaan terhadap Ariz, lebih baik saya beritahu dia terus, buat apa saya bercerita pada orang lain.

Tapi buat masa ini kami selesa berkawan. Jika ada jodoh di masa hadapan, biar Allah yang tentukan. Saya tak mahu komen lebih-lebih sebab macam-macam boleh jadi. Nanti kalau cakap ya kami bercinta, sekali hubungan itu tak menjadi.

Pada masa yang sama, Zulin tidak menafikan Ariz seorang yang memahami dan “masuk air” juga sebenarnya. Ia membuatkan mereka lebih senang untuk berkawan kerana sikap yang hampir sama.

Bagus juga kalau tidak canangkan sedang bercinta dan sebagainya, bak kata Zulin kalau tak jadi memang segan dibuatnya. Lebih baik go with the flow dan biarkan takdir menentukan perjalanan seterusnya hubungan mereka.

Sumber Berita: Tonton Extra

Written by Bella | September 10th, 2015

Hubungan mesra Ariz Forteen dan Zulin Aziz bukan lagi satu cerita baharu buat peminat  industri hiburan tempatan,cukup mesra bersama dan sering menghadiri acara-acara hiburan berdua ada pihak yang mengatakan pasangan itu ingin menunjuk-nunjuk betapa intimnya mereka di khalayak ramai.

Namun, perkara itu disangkal oleh Ariz dan mereka sering hadir bersama ke mana-mana majlis hanya kerana ingin memberi sokongan antara satu sama lain.

Kami datang berdua kerana kami kawan rapat dan selain menghargai baju yang ditaja oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada malam festival filem. Ia bukan sebab kami ingin memberitahu bahawa kami sudah ada hubungan istimewa atau ingin menimbulkan lagi tanda tanya kepada peminat.

Walaupun menafikan mereka sedang bercinta, peminat tidak pernah berhenti berspekulasi dan mengatakan mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Buat Ariz, beliau enggan ambil pusing mengenai gosip dan spekulasi peminat sehingga menyekat setiap kebebasan beliau.

Kalau cakap kami kawan rapat pun mereka tidak akan percaya, saya pun tidak boleh untuk menjaga hati mereka sahaja. Bagi saya kalau mereka minat saya atau Forteen mereka juga perlu hormati kehidupan peribadi saya dan dengan siapa saya berkawan.

Bagilah Ariz dan Zulin Aziz sedikit ruang untuk berkawan tanpa perlu memikirkan soal cinta. Tidak salah pun kalau seorang lelaki dan wanita rapat dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Sumber  Berita: mStar Online