March 21st, 2016

Ariz Forteen dan Zulin Aziz pernah berkawan rapat sebelum ini. Biarpun menafikan mereka bercinta, hubungan mereka dikritik sesetengah pihak yang tidak bersetuju dan  berpendapat mereka tidak sesuai bersama.

Sebelum ini mereka sering menghadiri acara bersama dan adakalanya berpakaian warna sedondon menyebabkan ramai menganggap hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Dalam hal ini, Zulin lebih teruk dikutuk berbanding Ariz kerana hubungannya dengan Ariz. Kepada Berita Harian, Ariz memberitahu yang dia bersimpati dengan nasib Zulin:

Saya memahami keadaan Zulin yang sedih dicemuh dan dikutuk dari pelbagai segi. Lumrah kehidupan, tidak semua orang menyukai kita. Namun saya simpati dengannya apabila terkena tempiasnya hanya kerana rapat dengan saya. Namun ada juga yang memberi kata-kata positif mengenainya.

Mungkin lebih baik kami tidak terlalu kerap memuat naik gambar bersama bagi mengelakkan gosip cinta itu timbul lagi. Ia juga berikutan cerita cinta kami lebih digembar-gemburkan oleh semua pihak berbanding kerjaya seni kami sendiri.

Bagaimanapun, jika tiada aral melintang, saya dan Zulin akan bekerjasama untuk sebuah projek yang tidak boleh dikongsi bersama umum ketika ini. Sekiranya perancangan yang dibuat itu menjadi, pasti saya akan bercerita lebih lanjut lagi kepada semua.


 photo ariz zulin.jpg

Memang sesuatu yang menyedihkan apabila satu persahabatan menjadi renggang hanya kerana orang lain berpendapat satu pasangan itu tidak sesuai bersama. Keakraban perhubungan itu sepatutnya ialah sesuatu yang dipupuk dari perasaan saling menyukai dan tidak memerlukan restu pihak ketiga yang tidak kena-mengena dengan persahabatan mereka.

Tetapi kata orang jika ada jodoh, tak ke mana. Jadi bersabarlah, mungkin sesuatu yang baik akan muncul akhirnya buat mereka berdua.

Teater Muzikal Randai “CINDUA MATO”Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Barisan artis popular seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Ashraf Muslim, Puteri Aishah Sulaiman, Dato A. Tamimi Siregar, Dato’Jalaludin Hassan, Juhara Ayob Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik akan terlibat dalam pementasan ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pemuzik tradisional yang terdiri dari gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Kesenian JKKN.15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini.Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari http://www.airasiaredtix.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau dengan membelinya di outlet berikut:1. Rock Corner : The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)2. Victoria Music : Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016


Comments are closed.

Loading...