May 24th, 2016

Pernah akrab satu ketika dahulu dan sering memuat naik foto dan video bersama di akaun Instagram,  Zulin Aziz dan Ariz Forteen mendapat perhatian ramai.

Ada yang mendoakan agar mereka ada jodoh bersama tetapi ada juga kata-kata negatif dilemparkan kerana kurang senang dengan keakraban mereka. Sejak daripada itu, hubungan mereka mula renggang.

Walaubagaimanapun, Zulin menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau dan Ariz sudah berbaik semula sejak dua bulan lalu. Malah, mereka berdua sempat untuk bercuti ke Jepun bersama rakan-rakan lain baru-baru ini.

Semasa bergaduh, memang tidak ada sebarang komunikasi antara kami apatah lagi perasaan ingin berjumpa. Lagi pula apa yang berlaku selama ini bukan berpunca daripada kami, sebaliknya sikap orang luar. Sepanjang kami berkawan, saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan Ariz.

Memandangkan rakan kami adalah orang sama, mahu atau tidak mereka pasti bercakap perkara ini. Tidak dinafikan antara sebab kami boleh berbaik semula adalah kerana mereka.

Tambah Zulin, selama ini mereka terlalu menjaga hati orang lain sehingga persahabatan mereka terpaksa dikorbankan. Namun, kali ini mereka cuma mahu menjadi diri sendiri.

Dalam tempoh mereka sudah berbaik, Ariz ada meluahkan beberapa perkara yang selama ini dipendam didalam hatinya. Jelas Zulin, Ariz menasihati beliau untuk tidak terlalu memikirkan segala kritikan dan percakapan orang lain selepas ini.

Ariz memberitahu saya, kami kena ketepikan apa orang cakap selepas ini. Dia turut memahami keadaan saya yang dihentam teruk peminat. Sehingga ada yang menyalahkan saya apabila rapat dengan Ariz.

Rupa-rupanya Ariz pernah cuba nak berbaik dengan saya, tetapi keadaan tidak mengizinkan ditambah lagi isu ini masih ‘panas’. Apa yang pasti, dia lebih tenang daripada saya. Mungkin disebabkan saya jadi mangsa maka lebih emosi. Malah, saya berfikir banyak kali jika mahu berkawan semula dengannya.

Biarlah mereka berdua hendak berkawan, apa salahnya. Macam mana anda minat pada seseorang artis itu janganlah terlalu fanatik sampai rasa ada hak untuk menentukan hidup mereka.  Apa-apa pun, Alhamdullilah mereka sudah berbaik.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...