Written by Bella | September 10th, 2015

Hubungan mesra Ariz Forteen dan Zulin Aziz bukan lagi satu cerita baharu buat peminat  industri hiburan tempatan,cukup mesra bersama dan sering menghadiri acara-acara hiburan berdua ada pihak yang mengatakan pasangan itu ingin menunjuk-nunjuk betapa intimnya mereka di khalayak ramai.

Namun, perkara itu disangkal oleh Ariz dan mereka sering hadir bersama ke mana-mana majlis hanya kerana ingin memberi sokongan antara satu sama lain.

Kami datang berdua kerana kami kawan rapat dan selain menghargai baju yang ditaja oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada malam festival filem. Ia bukan sebab kami ingin memberitahu bahawa kami sudah ada hubungan istimewa atau ingin menimbulkan lagi tanda tanya kepada peminat.

Walaupun menafikan mereka sedang bercinta, peminat tidak pernah berhenti berspekulasi dan mengatakan mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Buat Ariz, beliau enggan ambil pusing mengenai gosip dan spekulasi peminat sehingga menyekat setiap kebebasan beliau.

Kalau cakap kami kawan rapat pun mereka tidak akan percaya, saya pun tidak boleh untuk menjaga hati mereka sahaja. Bagi saya kalau mereka minat saya atau Forteen mereka juga perlu hormati kehidupan peribadi saya dan dengan siapa saya berkawan.

Bagilah Ariz dan Zulin Aziz sedikit ruang untuk berkawan tanpa perlu memikirkan soal cinta. Tidak salah pun kalau seorang lelaki dan wanita rapat dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Sumber  Berita: mStar Online

9 responses to Mesra Di FFM27: Ariz Forteen & Zulin Aziz Tiada Niat Menunjuk

  1. ProfHariz says:

    Takpe yang penting uols bahagia :)

    0

    0
  2. minah jambu says:

    kalau jodoh tk kemana biar ape orang nk cakap pon yg penting u dapat tangkap si Ariz forteen ni ..semoga bahgia zulinnn..

    0

    0
  3. Kuxa says:

    Ok apa kalau Zulin & Ariz ni bercinta. Nampak sweet je. Alahh. Takkan la sebab Ariz tu nampak mcm ‘lembut’ & Zulin pulak bertubuh agak gempal tak sesuai nak bercinta kann. Takpa. Aku doakan diorg bahagia & sentiasa dimurahkan rezeki

    0

    0
  4. zaza says:

    salah satu cara seorang gay cuba nk cover dgn menampakkan beliau seolah2 straight.
    kihkihkih.

    0

    0
  5. zaza says:

    dorg dtg bdua xpgg tgn pun..yg fazura dtg ngan rizman ruzaini siap balik2 betulkan rmbt n baju fazura tu xde lak org gosip..hihi…but i like how sam ‘tsingkir’ atas pentas ms fazura amek award…support fazura! u go girl!

    0

    0
  6. El says:

    K jga dieorang ni klau brcintan cintun,xde mslh ku nengok,kan3x

    0

    0
  7. Anonymous says:

    peminat fanatik ni pun satu hal. sesuka jer nak control life artis feveret mereka. klu boleh nak tentukan takdir utk artis mereka. mungkin mereka selesa sbg kwn rapat je buat masa skrng. masa akan dtng kta tak tau, so doakan yg terbaik jer utk mereka. dlu bukan main pulak bantah mereka bersama.

    0

    0
  8. Tema Camelia says:

    Kacaknya kau ni, ariz, nyanyi pun kemain sedap. masuk AF next season ok, akak vote kau sampai menang!

    0

    0