November 10th, 2012

Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

rosyam noor ask2012

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh

Setahu Abang Nara, selalunya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Namun Abang Nara tak pasti sama ada lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor ini adalah berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan. Apa pendapat anda?

November 10th, 2012

Bukannya nak memuji lebih-lebih tetapi sememangnya penampilan Neelofa di Anugerah Skrin 2012 bagaikan seorang puteri. Sayangnya Neelofa tidak berjaya menjadi seorang pengacara yang hebat ketika majlis berlangsung. Suasana ASK2012 sememangnya hambar.

neelofa ask2012

Walaupun jutaan cacian dan kutukan dihantarkan kepada Neelofa menerusi Twitter, Abang Nara berharap agar Neelofa tabah dan anggap ini sebagai satu pengajaran untuk memajukan diri di masa hadapan. Apa pun tak boleh nak salahkan Neelofa seorang kerana kebosanan ASK2012. Tak ke gitu?

neelofa ask2012

10 lagi gambar Neelofa ketika Anugerah Skrin 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012

Kredit foto Facebook Anugerah Skrin dan RotiKaya.

November 9th, 2012

Salah seorang selebriti yang mencuri tumpuan sepanjang Anugerah Skrin 2012 ialah Rita Rudaini. Gandingannya bersama Adi Putra ternyata membuatkan penonton menjerit keterujaan. Memang mereka berdua ada aura yang tersendiri.
rita rudaini ask2012
Kehadiran Adi Putra dan Rita Rudaini ternyata menyelamatkan malam Anugerah Skrin 2012 yang hambar dengan dialog yang terlalu meleret. Ini bukan pendapat Abang Nara seorang tetapi ribuan penonton yang meluahkan isi hati mereka menerusi Facebook dan Twitter.
rita rudaini ask2012
Sememangnya konsep yang ingin dibawa untuk ASK2012 amat menarik tetapi mungkin pihak penganjur boleh memberikan tumpuan kepada kelancaran majlis. Kadang-kadang Abang Nara terasa macam menonton teater pulak. Lagi 6 keping gambar Rita Rudaini di ASK2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012

Kredit foto Facebook Anugerah Skrin dan Twitter GUA Malaysia.

November 9th, 2012

Sebentar lagi akan berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2012 secara langsung di TV3. Sekiranya anda tidak memiliki televisyen di rumah, maka bolehlah mengikuti update terkini keputusan-keputusan ASK2012 di sini. Abang Nara akan cuba update secepat mungkin.

anugerah skrin 2012

Sekiranya anda memiliki Internet dan mahu menonton live secara online, boleh terus ke laman web rasmi Anugerah Skrin 2012. Pihak TV3 ada live streaming untuk anda di situ. Untuk ulasan santai, anda boleh ikuti Abang Nara di Twitter BeautifulNara.

1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda