Written by Bella | April 22nd, 2019

Tahun ini di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019), selebriti popular Neelofa mengejutkan ramai dengan persembahan hangatnya, lincah menari persis bintang K-Pop diiringi dengan lagu hits Kill This Love daripada Blackpink.

Persembahan Neelofa menjadi bualan hangat netizen. Mengenakan pakaian hitam tetapi masih mengekalkan identiti sebagai seorang wanita muslimah, siapa sangka beliau mempunyai bakat terpendam dalam tarian.

Rata-rata netizen terpukau dan meluahkan rasa teruja mereka dengan persembahan Neelofa. Memang power!

Neelofa cukup berani mencuba perkara baru dan menariknya, beliau lakukan dengan penuh keyakinan. Tidak dinafikan, persembahan beliau layak menerima pujian. Apa pula komen anda?

Kredit Foto & Video : Instagram Era Fm

Written by Bella | April 22nd, 2019

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) menjadi momen terindah buat Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki. Malah, apa yang lebih membanggakan, Khai dapat mempertahankan gelaran tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Khai turut memenangi kategori penyanyi MeleTOP dan Siti Nordiana juga mencipta kejutan apabila memenangi kategori Hos MeleTOP.

Sementara itu, pelakon Syafiq Kyle juga begitu menyerlah dan berjaya membolot tiga trofi iaitu Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Bertemakan ‘Yang Legit, Yang Legend’ AME 2019 diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton AME 2019 berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-

 
Written by Bella | March 20th, 2019

Ingin memberi ruang kepada artis lain dan enggan juga dilabel sebagai syok sendiri, pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019). Menurut Neelofa, keputusan itu sudah lama dibuat dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

Sudah enam tahun kami bersama MeleTOP. Rasanya sudah tiba masa untuk kami memberikan peluang kepada orang lain dan fokus kepada pengacaraan saja.

Sekurang-kurangnya tidak akan timbul isu tuan rumah saja yang menang. Sejak tahun lalu sudah timbul isu ini dan banyak kritikan yang kurang menyenangkan diterima apabila menang sebelum ini sedangkan fokus saya hanya mengacara.

Nabil pula berkata, pada awalnya beliau agak bimbang dengan penerimaan peminat terhadap keputusan itu tapi beliau dan Neelofa mahukan persaingan yang sihat dan tidak mahu dikecam selepas mendapat anugerah.

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih lagi kekal sebagai pengacara AME 2019 dan disertai oleh Jihan Muse. AME 2019 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April depan.

Harapnya selepas ini netizen tidak akan lagi mengecam dan mempertikaikan mengapa kedua-dua hos mendapat pencalonan yang banyak dan memenangi anugerah dalam AME.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Echolalia Pictures