Written by Bella | April 22nd, 2019

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) menjadi momen terindah buat Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki. Malah, apa yang lebih membanggakan, Khai dapat mempertahankan gelaran tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Khai turut memenangi kategori penyanyi MeleTOP dan Siti Nordiana juga mencipta kejutan apabila memenangi kategori Hos MeleTOP.

Sementara itu, pelakon Syafiq Kyle juga begitu menyerlah dan berjaya membolot tiga trofi iaitu Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Bertemakan ‘Yang Legit, Yang Legend’ AME 2019 diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton AME 2019 berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar

Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle

Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali

Couple MeleTOP: Nur Fazura & Fattah Amin

Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi

Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era

Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar

Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun

Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2018

Drama MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan

Hos MeleTOP: Siti Nordiana

Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu

Pelakon MeleTOP: Syafiq Kyle

Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

Filem MeleTOP: Munafik 2

Penyampai Radio MeleTOP: Johan

Anugerah Khas MeleTOP: Datuk M. Daud Kilau

Kredit Foto : Astro Gempak & Ladies Foto

 

20 responses to Khai Bahar Dan Siti Nordiana Top Top MeleTOP AME 2019

  1. zaza says:

    Aikkk kenape Andi Bernadee x menang? Kesian dia pakai lawa2 dah siap skrip dlm kepala tinggal nak naik pentas je.
    Last2 Eyra Hazali yg menang.kahkahkah

    • Corse 848 says:

      Dlu org kutuk nana artis kampung.. Kampung2 dia.. Tengok dia dimana sekarang.. Yg artis bandar sama saing dia dulu.. Tah mana pergi nya… Berbangga aku sbb member2 satu rumah gelakkan.. Kutuk aku dlu(tahun 2001) sbb beli cd ori album2 nana… Sekarang ni diaorg pun minat.. Tp sorok2.. Sbb malu dgn aku..hahahaha..syok nye..

  2. Anonymous says:

    Ingatkan anaqi yg menang. Comel gila dia malam AME ee geram!

  3. esah jendul says:

    ni anugerah SS…

  4. zarina anjuling lacah says:

    khai bahar menang? tak layak

  5. patahseribu says:

    fazura and patah tak datang eh? kesian diorang tak di jemput

  6. mirabirah says:

    aku sangka aliff satar yg menang, but why nana??? serious tak dapat hadam

  7. Adman says:

    Suka tengok dorang berdua ni, kalau ada jodoh mereka bersatu memang ramai yg gembira hehe

  8. Ros says:

    Kesian bebudak sekarang. Ini level retis malaysia kome dapat. hahahaha. sampah. no wonder la bile retis korea datang sini semua terus temporary gila. tak cukup hiburan. (ditambah lagi dgn rancangan Penunggang Ugama merepek2 yang ado).

  9. sabar je la says:

    aku xphm dgn taste and mind org skrg. mcm la xda org lain yg best. serious sedih dgn perempuan2 fan club dia dok jerit2 nangis2 bila dia menang. korg mmg gilaaa n xda life….

  10. anon says:

    jadi host pun kaku …bleh menang pulak host meletop ..adehh

    • Anonymous says:

      aku rase siti nordiana far better dari lopak yg di backup penjilat ramai tu…
      nordiana ni jd hos jemputan 1st time pun dia dah ok.. bole bawak…
      cer lopak 1st time dulu.. smpi laaa ni dah bertahun2 kt meletop xde improvement langsung dgn terkial2 tgk qcard lagi..

  11. matilanak says:

    macam manalah ABP nanti…. popularkah semua nama di atas….standard industri seni tanah air…..2019….

  12. Anonymous says:

    Tak yah la nk kecam sangat..itu hasil dari undian peminat..dah rezeki mereka nk buat mcm mna