Written by Bella | March 20th, 2019

Ingin memberi ruang kepada artis lain dan enggan juga dilabel sebagai syok sendiri, pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019). Menurut Neelofa, keputusan itu sudah lama dibuat dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

Sudah enam tahun kami bersama MeleTOP. Rasanya sudah tiba masa untuk kami memberikan peluang kepada orang lain dan fokus kepada pengacaraan saja.

Sekurang-kurangnya tidak akan timbul isu tuan rumah saja yang menang. Sejak tahun lalu sudah timbul isu ini dan banyak kritikan yang kurang menyenangkan diterima apabila menang sebelum ini sedangkan fokus saya hanya mengacara.

Nabil pula berkata, pada awalnya beliau agak bimbang dengan penerimaan peminat terhadap keputusan itu tapi beliau dan Neelofa mahukan persaingan yang sihat dan tidak mahu dikecam selepas mendapat anugerah.

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih lagi kekal sebagai pengacara AME 2019 dan disertai oleh Jihan Muse. AME 2019 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April depan.

Harapnya selepas ini netizen tidak akan lagi mengecam dan mempertikaikan mengapa kedua-dua hos mendapat pencalonan yang banyak dan memenangi anugerah dalam AME.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Echolalia Pictures

28 responses to Nabil Ahmad Dan Neelofa Tarik Diri Dari Pencalonan AME 2019

  1. Anonymous says:

    yaasss.about time.

    8

    0
    • Sis Senah says:

      kerana neelopak sis x layan meletop. terus basuh pinggan dengar gitu2 jer.

      11

      0
      • Hakikatnye says:

        Anugerah untuk level retis batak yg lapar dan gila publisiti. Tok Tie, Kak Mitch, Maya Karin, Umi Aida, Beto Khusyari, Bon Palare….theyols hadap ke award cap ayam mcmni gaes? Tak kan? So?!!!!

        12

        0
        • Anonymous says:

          Neelofa 5 tahun dulu….now?? :(((

          6

          0
        • Anonymous says:

          Ingat dengan kematian akan ingat sentiasa dengan allah jalajalalu..surah hu’ud ayat 120..surah an anur ayat 35 cahaya di atas cahaya..surah yusuf ayat 4 bulan matahari bintang sujud..dan ini buat pelajaran hidup bukan untuk menolong mereka mencari harta untuk mereka hidup..kaum yahudi juga yakin akan sulaiman dan daud..innahumin sulaiman wainnahu bismillahi rohmanirohim..datanglah kalian kepadaku dengan kedadaan merangkak atau belutut walau di atas salju tiupan angin..?

          1

          2
      • surat terbuka kepada astro ria says:

        rindu zaman2 kak abby fana, fafau dan sarimah ibrahim…zaman2 tu. walaupun si linda onn tu annoying kekadang tapi power gile pengacaraan. zaman sekarang harap rupa dan publisiti murahan je. kembalikan zaman berkualiti itu.

        15

        0
        • Kasrina says:

          Zaman tu bukan pengacara je yg power beb. Lagu2 pun power..tangkap dalam meleleh. Sekarang kalu…lagu2 pun entah haper2 je.

          7

          0
    • Anonymous says:

      takot kalah le tewww.

      6

      0
    • Anonymous says:

      bagus ler. kerja company sama, mengacara show company sama dan anugerah pun kasi kepada pengacara2 dibawah company sama? tak lucu ke camtu?

      13

      0
    • faraj says:

      Kalau di USA, pengacara kualiti level Nabil dan Lopak ni.. dapat memo suruh duduk rumah je main dgn kucing. wahahahah

      6

      0
    • Anonymous says:

      ni bukan keputusan 2 orang ni.. sebenarnya Astro yg buat keputusan, yela takut rating jatuh merudum asyik muka 2 ekor ni…

      4

      0
  2. wtfish says:

    tarik diri daripada meletop lopak. bosan la pengacara2 sama je. kasi elly mazlin la pulak.

    10

    -2
  3. Anonymous says:

    Good news of the year! LOL

    9

    0
  4. Jemah-jemahan says:

    sejak kes zouk dan turban ala bakol sampah, nama neelopah seakan2 diperbadutkan dek netizen. well… you reap what you sow.

    7

    0
  5. anon says:

    mmg itu lah yg kami harapkan
    dan mmg itu lah yang sepatut nya
    patut dari awal dah macam ni
    ni netizen dan bising2 baru nak buat
    hahahahah

    4

    0
  6. Anonymous says:

    wujud lagi anugerah ni? anuegrah retis2 yang a. aida je yg undi….hahahaha

    4

    0
  7. aninonimus says:

    Hadooii kalo tercalon pon bukan menang pun kan.. tu pon nak tarik diri

    2

    0
  8. Anonymous says:

    Menang 10 kali pun org x heran. Anugerah syok sendiri. Takziah yg pernah menang.

    7

    0
  9. wekkkkkkk says:

    buat apa nk tarik diri, jika mng lagi, derma je hadiah yg kamu dpt..itu dah dapat pahala bsr. Byk tabung derma yg patut di isi. Sbb kamu berdua dh berduit kan.

    1

    0
  10. damai says:

    knp harus ada Anugerah Meletop, Anugerah Bintang Popular dah cukup lah. tapi bagus juga neelofa dan nabil tarik diri, dah bertahun2 jadi hos meletop masih lagi tengok card untuk sampaikan sst, wpun ramai x suka Jannah Nick, tapi when she do hosting, jarang sekali tengok dia pegang atau tengok card kalau nak sampai sst, they need to learn to be good hosting

    6

    0
  11. Anonymous says:

    kualit pengacaraan astro memang kenot la. astro awani boleh la…news okay tpi hiburan…hancusss lama dah.

    3

    0
  12. Anonymous says:

    bagus la Tarik diri not fair jadi je pengacara -its still buyers-enta siapa siapa na vote mereka ni,so mny actor and actress much talented and better to be chosen,lau di kira kan bakat lakunan kedua dua memang not so good,siti elizad,maya Karin,adya jebat,emma mambong,fazura, these peoples r superb…

    1

    0
    • sis no name says:

      to anon 1:57 pm
      bias dik.. bukan buyers.

      bias – berat sebelah
      buyers – pembeli-pembeli

      tak sangka dah 2019 masih ada lagi orang keliru ejaan bias.

      5

      0
  13. Senyumlah says:

    Satu je nak cakap SHERRY patut menang Pengacara popular Abpbh tanpa kelibat lofa and the gang …

    5

    0
  14. Anonymous says:

    Tahun ni nk undi Sherry! ABPBH

    2

    0
  15. Yekeni says:

    Mungkin dah tau akan kalah?

    1

    0
  16. Alanice says:

    Xnk tarik dri abpbh ke

    1

    0

Leave a Comment

Optional