Written by Bella | April 8th, 2018

Setelah beberapa tahun berkahwin, Zizie Ezette akhirnya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kembar lelaki Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada bulan Disember lalu.

Kini bayi kembar itu sudah berusia hampir 4 bulan dan tidak dinafikan memang montel dan sangat comel.

Untuk pengetahun anda, setiap hari Zizie akan pakaikan baju sedondon untuk anak-anaknya itu dan ia cukup menarik perhatian ramai.

Sambi santai-santai hujung minggu ni, jom kita layan beberapa lagi foto comel Aadam dan Aaleph dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

 
Written by Bella | January 31st, 2018

Pelakon Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak kembar lelakinya menerusi satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Bukan sahaja memiliki wajah comel dan kulit yang putih serta gebu, bayi kembar Zizie mempunyai nama yang cukup unik iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Zizie pada masa yang sama sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sering mendoakan kesejahteraan beliau.

Memang comel betul anak kembar Zizie sama putih seperti ibu mereka juga. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa.

Written by Bella | December 31st, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada jam 5.48 dan 5.50 pagi  Jumaat, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagramnya dimana beliau melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Zizie bukan sahaja seronok bergelar ibu tetapi cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata beliau yang lahir sehari sebelum hari jadi beliau iaitu pada hari Sabtu semalam.

A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2). Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yang tak  terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya.

Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada tahun 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Naila Nurjenna.