October 12th, 2019

Setelah dihimpit pelbagai spekulasi dan kontroversi panas, akhirnya wanita dipercayai isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry tampil mendedahkan dia sudah bernikah dengan aktor itu sejak beberapa tahun lalu. Hasil perkahwinan,  mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.

amar asyraf

Menurut Vivy, dia sudah lama menyimpan rahsia tentang perkahwinan mereka dan kini semuanya terbongkar. Vivy berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Advertisement

Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga. Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul.

vivy jeffry isteri kedua amar asyraf

Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan redha dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun, sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri.

Vivy berkata, hubungannya dengan Amar turut diketahui isteri pertama iaitu Arna Salleh tetapi mereka tidak pernah berjumpa.

amar asyraf

Advertisement

Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.

Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini.

amar asyraf kahwin lagi

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 12th, 2019

Kecoh apabila seorang wanita mendakwa dia kekasih gelap pelakon Amar Asyraf dan mereka menjalin hubungan cinta sejak setahun yang lalu sehingga merancang untuk berkahwin. Malah, wanita itu turut mendedahkan Amar sebenarnnya sudah mempunyai dua orang isteri.

amar asyraf

Susulan kontroversi cinta tiga segi itu, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Advertisement

Menurut Arna, suaminya itu pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita sekitar tahun 2015. Isteri mana yang tidak kecewa apabila suami berlaku curang dan mencintai wanita lain? Arna akui ketika itu dia sungguh rapuh dan pada masa yang sama terkejut dengan perbuatan suaminya.

isteri amar asyraf

Pernah satu ketika, orang ketiga itu berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga Arna dan Amar lagi, bagaimanapun aktor itu pada tahun 2017 sekali lagi meminta izin untuk berkahwin dengan wanita yang sama.

Amar jalin cinta dengan wanita lain

bermula tahun 2015

isteri amar asyraf dedah kisah sebenaristeri amar asyrafamar asyrafamar asyrafarna salleh amar asyraf

Wanita ugut mahu bunuh diri, desak

Amar untuk kahwin

amar asyraf teman wanita amar asyrafamar asyrafamar asyrafisteri amar asyrafArna pernah diganggu oleh seorang wanita yang tidak dikenali, mendesaknya untuk mengizinkan Amar berkahwin lagi.

Menurut Arna, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar kerana dia mahu menjernihkan keadaan agar tiada masalah mahupun salah faham yang timbul membabitkan suaminya itu.

Sumber Berita : Arna Salleh

Advertisement
October 11th, 2019

Setelah sekian lama menyepi, nama pelakon Amar Asyraf tiba-tiba kembali menjadi hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman tampil mendakwa dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak September tahun lalu. Ellika menceritakan setiap butiran detik perkenalan mereka sehinggalah perancangan untuk berkahwin.

amar asyraf

Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui Amar mempunyai dua orang isteri.

Advertisement

 

Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga!

 

Ellika mengakui kesilapannya bercinta dengan Amar yang berstatus suami orang dan dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

Advertisement

amar asyraf kahwin lagi

Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka. Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!

Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu.

Terdahulu, Ellika menerusi akaun Instagram, turut mendedahkan beberapa gambar dan video mesra bersama Amar. Dia bertindak mendedahkan perkara itu supaya wanita lain di luar sana tidak mudah tertipu dengan godaan dan ayat manis lelaki itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

Advertisement
October 11th, 2019

Nama pelakon Amar Asyraf dihimpit kontroversi panas dan menjadi bualan hangat apabila seorang wanita tampil mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak September tahun lalu.  Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa Amar sebenarnya sudah mempunyai dua orang isteri tetapi masih mahu bermain kayu tiga.

amar asyraf

Menjawab tuduhan dia menjalin hubungan sulit, Amar mengakui kesilapannya terjebak dengan cinta segi. Bagaimanapun, dia memaklumkan hubungan cintanya dan gadis tersebut sudah berakhir pada Mac lalu.

Advertisement

Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami.

amar asyraf

Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan.

Malah, Amar berkata isterinya Arna Salleh juga mengetahui hubungannya dengan wanita tersebut dan langsung tidak cepat melatah mengenai kontroversi yang tercetus. Hubungan mereka suami isteri masih baik.

amar asyraf dan isteri

Advertisement

Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar.

Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain.

amar asyrafTerdahulu, wanita itu turut mendakwa dia dan Amar merancang untuk berkahwin minggu depan tetapi membatalkannya kerana baru mengetahui aktor itu sudah beristeri dua dan mempunyai seorang anak yang baru dilahirkan. Pendedahan ‘berani’ mengenai status hubungannya dengan Amar dibuat kerana dia mahu memberi pengajaran buat wanita lain di luar sana agar tidak menjadi mangsa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement