Written by Bella | October 11th, 2019

Setelah sekian lama menyepi, nama pelakon Amar Asyraf tiba-tiba kembali menjadi hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman tampil mendakwa dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak September tahun lalu. Ellika menceritakan setiap butiran detik perkenalan mereka sehinggalah perancangan untuk berkahwin.

amar asyraf

Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui Amar mempunyai dua orang isteri.

 

Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga!

 

Ellika mengakui kesilapannya bercinta dengan Amar yang berstatus suami orang dan dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

amar asyraf kahwin lagi

Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka. Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!

Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu.

Terdahulu, Ellika menerusi akaun Instagram, turut mendedahkan beberapa gambar dan video mesra bersama Amar. Dia bertindak mendedahkan perkara itu supaya wanita lain di luar sana tidak mudah tertipu dengan godaan dan ayat manis lelaki itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

22 responses to Sepatutnya Nikah Di Thailand Minggu Depan, Tak Sangka Dia Ada Dua Isteri – Skandal Amar Asyraf

  1. Pemerhati says:

    Perempuan..kalau jantan ajak ko nikah Thailand. Dia bukan pemimpin keluarga. Dia hanya pemancut benih. Ingat tu. Aku bkn ckp ikut suka. Bnyk dh contohnya. Jgn bodoh sangat wahai perempuan. Sanggup ko kawin kat Thailand.. bila mana mak bapak ko keluarga ko Ada je kat Malaysia?

  2. Anonymous says:

    kau yang paling teraniaya? eh bini first dia lah yang paling teraniaya

  3. Anonymous says:

    tak faham kenapa nak perlu setuju kawen dekat thailand? kau pun something wrong jugak.

  4. wekkkkkkk says:

    setuju komen kau “Pemerhati, wekk baru nk komen ini, good.
    Kalau ajak kawen kt sana mmg sah mana2 lelaki tu akan ada bini. Tak kisahlah kau nk jdi bini no 2.
    Knpa kau sggup nak sondol laki org..

  5. Anonymous says:

    kau pun sama jgak dgn jantan tu… eh, nak nikah kt thailand? ko rasa..? kau teraniaya dan mulia sgt ke.. hishh..!

  6. Anonymous says:

    lebih baik kwen dgn org bukan malaysia yg bujang, dri ambil laki org..hina sgt kalau kwen dgn lki org..lgi2 dh tahu itu suami org..zmn skrg ni bkn mcm dulu2 40 tahun dulu, dulu boleh curi2 kawen tnpa isteri pertma tahu, tnpa pergi ke siam.

  7. entahlah says:

    kan dia ada tulis bawah tu?baca ke tak baca ni

  8. Anonymous says:

    skrg ni padan muka si amar…. pecah tembelang perangai sebenar… kaki pompuan curang… bole geng dgn aliff aziz

  9. epal hijau says:

    xdpt ape yg ko nak..ko nk gtau semua yg ko bictim ka apa??nak bgtau yg ko hati mulia kesian kt ini kedua dia?? bini prrtama dia???ko xkesian lak ye..once ko dh inbolve ngn amar dh nmpak perangai ko..bila xdpt ape ko nak ko viral

  10. nana says:

    ramai kahwin kt siam sbb senang lelaki tak yah minta izin isteri first. tp aku nk ingatkan sekali lagi, BERLAMBAK KES NIKAH SIAM tak settle2 kt mahkamah syariah. dan MOSTLY NIKAH KAT SIAM BERCERAI. yg sedap lelaki yg sakit perempuan. esok nk daftar anak tak boleh mula la salahkan jbtn agama byk birokrasi padahal korang yg BODOH. contoh kes rita rudaini, kes hana abu, kes awie dan byk lg la. tolong la ramai je lelaki jujur yg hensem. jgn la pilih laki orang terutama yg mulut mcm pukau, nafsu mcm puaka.

  11. HAMBA ALLAG INGIN BERBINI says:

    BOLEH TAHAN JUGAK LELAKI BERWAJAH JAMBU KEDING INI…..
    ADA BINI PASTU BINI SORANG LAGI PASTU BARU NAK BERBINI.
    JAMBU OH JAMBU…
    MARILAH SINI NAK MAKAN DGN KICAP

  12. korok says:

    awal pun nmpk ko dh gatal layan sedangkan dh tau laki org kot…konon kesian 2nd wife ke ko takut lps ko dia tambah yg no. 4…x merasa la jadi bongsu

  13. Anonymous says:

    satu part mmg dia penyondol pun,.nak yg laki org..kalu dia kawen nasib dia pun mesti sama ngan kedua tu….tp eloklah perempuan tu bagitau…sebagai pengajaran kat org lain dari terkena ..mulut manis laki jenis camtu…byk dah jumpa…yg tua kedanyut pun ada..tapi x sangka lak jantan ni muka baik je rupa2nya mmg byk hal..

  14. Mangsa keadaan says:

    Jujur aku ckp.. Perkenalan dgn suami org ni, asalnya mmg indah giler.. Kau rasa dia lah lelaki plg baik yg pernah kau jumpa.. Smpi kau yg tak penah terfikir nk terima laki org pun kau akan terima.. Ko rasa ko boleh je accept utk jd bini no 2..kau yg penah impikan wedding yg grand pun, sanggup ikut jantan g nikah kt siam sbb kau sanggup buat apa je asalkan kau kawin dgn jantan tu.. tp percayalah.. Kemanisan tu kejap je.. Sakit perit tu forever.. Sakit yg tak tertanggung.. Aku menyesal sbb terlalu ikutkan perasaan aku dlu.. Aku belakangkan mak ayah aku.. Now aku sedang tanggung peritnya berkawin dgn suami org..aku faham apa yg adira rasa.. So women out there, jgn la kau rasa kau boleh terima suami org.. Hakikatnya terlalu perit utk di tanggung

  15. Anonymous says:

    Yg seorang pelakon baru yg nk glamor..yg seorang lagi pelakon dah lama menyepi…eloklah kau berdua pakatt nk cari publisiti paling murah dan bodo .

  16. rosejeanie says:

    Bini first dah kebal dengan perangai sial si suami nan hado ni hahahah

  17. Anonymous says:

    Dulu minat lakonan amar ni, selepas tahu perangai macam ni, aku jadi baik menyampah

  18. Anonymous says:

    Kau pikatlah ashraf muslim tu ramai pemuja dia… dia pun kawin soam juga menipu bini pertama sepakat dgn keluarganya.
    Bini pertama pun ada jerja boleh support kau

  19. JanganKecamK says:

    Ellika ni pompuan yang berlakon dalam cerita faris eddy tu kn??

  20. Joyah Pok Pek says:

    Sy pn fikir benda yg sama..eh x ke perempuan ni pelik dia ajak kawin di Siam..yg awk perempuan x de mak pak family kah? Yang keluarga lelaki x de kah awk berkenal kenalan..entah dia tau je cuma dh kantoi2 buatlah tersepit..benda cm gini x kan dia x leh fikir

  21. minah jambu say NO to drugs says:

    nape thailand??

  22. wanita yang dah banyak pengalaman says:

    hm pada aq lah yang boleh berfikir jernih lagi ni.. lelaki ni yang dia betul2 sayang cuma isteri pertama dia je, wanita pertama yg dia betul2 jatuh cinta , menyulam kasih dalam perhubungan cinta yang ikhlas nak dijadikan isteri pasangan hidup.. dgn anak2 isteri pertama. keluarga pertama dia.. kehidupan pertama dia, yang lain tu seolah2 saja nk buat collection. nafsu saja..buat tempel2 dlm kehidupan dia je, bukannya cinta kasih syg tulus mana pun. kalau laki syg ko dia x buat ko mcm tu weh. ajak nikah siam. pikir nak seronok dia je, x pikir pun pasal perempuan tu. dgn mak bapak dia lagi.THE END,
    hadam lah mana yg nk kawen laki org. cari org yg betul2 cintakan kita setulus hati.bukan cinta semata2 rupa tapi cinta kerana hati.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini