Written by Bella | July 5th, 2019

Walaupun sudah berpisah, penyanyi Bella Astillah masih mengekalkan hubungan baik dengan Aliff Aziz demi anak mereka.

Bella juga sedikit pun tidak menyimpan dendam dan sudah pun memaafkan segala kesalahan bekas sumianya itu kepadanya. Berharap agar satu hari nanti Aliff akan berubah menjadi seorang insan yang lebih baik, jangan terus kemurungan.

Terbaru, ketika Bella melakukan Live di Instagram, Aliff juga turut menyertai sesi tersebut dan bertanyakan pelbagai soalan. Namun, reaksi Bella  menarik perhatian netizen.

Aliff sertai Live di IG Bella


Netizen puji Bella seorang wanita yang tabah

Terdahulu, Aliff beberapa kali meluahkan hasratnya untuk merujuk semula dengan Bella, mengakui bekas isterinya itu seorang wanita yang baik dan sudah banyak berkorban, tiada wanita lain yang mampu menandinginya. Bella pula mengakui masih cintakan Aliff tetapi tidak pernah terfikir untuk bersama semula sebagai suami isteri.

Sumber Berita : Twitter 

Written by Bella | June 27th, 2019

Bertahun hidup sebagai suami isteri, tipulah kalau tiada sedikit pun perasaan cinta dan kasih sayang yang masih berbekas dalam hati penyanyi Bella Astillah terhadap bekas suaminya, Aliff Aziz.

Memang Aliff ada merayu menghubungi Bella untuk memberikannya peluang kedua, tetapi wanita itu buat masa ini tidak terfikir mahu kembali bersama.

Tidak dinafikan, ramai juga yang berharap kami kembali semula sebagai suami isteri. Sejujurnya Aliff sendiri ada menghubungi saya beberapa kali untuk kami kembali bersatu.

Iya.. melihat keadaan Aliff sekarang, saya turut berasa sedih dan simpati. Tambah pula kami pernah hidup bersama, tapi saya tidak boleh terima Aliff hanya kerana bersimpati terhadap apa yang dia lalui sekarang. Saya akui masih mencintai Aliff tetapi buat masa ini saya tidak fikir mahu kembali seperti dulu. Biarlah masa menentukan.

Kata Bella, dia pernah memberitahu Aliff sendiri yang perceraian mereka berdua masih terlalu baharu. Malah, turut menasihati bekas suaminya itu untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Jangan dipaksa seseorang wanita yang sudah tawar hati untuk kembali bersama. Biarlah dia ubati dahulu luka di hati. Andainya ada jodoh, pasti satu hari akan bersatu jua. Jangan terlalu mendesak kerana mungkin akan membuatkan seseorang itu pergi lebih jauh.

Sumber Berita : MHE TV

Written by Bella | June 26th, 2019

Pelbagai kontroversi dan ujian melanda hidup penyanyi Aliff Aziz sehingga dia kini hilang arah, ‘lemas’ dalam kemurungan. Sejak dia bercerai dengan Bella Astillah, Aliff tidak lagi menjadi dirinya sendiri.

Ada sesetengah netizen menganggap apa yang berlaku kepada Aliff kini adalah kifarah ats segala kesilapan yang dia lakukan sebelum ini.

Aliff mengakui dia memang banyak melakukan kesilapan tetapi dia kini mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Saya mengakui silap yang telah saya lakukan tapi sebagai manusia, selagi saya masih hidup saya boleh berubah. Selepas bercerai dengan Bella, saya melalui fasa bukan menjadi diri saya sendiri.

Saya rasa teramat kehilangan dan mungkin disebabkan itu saya tersilap langkah.

Dugaan dan kekecewaan tidak dinafikan mampu membuatkan manusia itu tersungkur. Namun, kami berharap Aliff janganlah terus tenggelam dalam kegelapan dan terus istiqamah untuk berubah.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | June 26th, 2019

Sah bercerai talak satu dengan Bella Astillah pada 16 Mei lalu, penyanyi Aliff Aziz beberapa kali mengakui dia masih berharap dapat merujuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Aliff akui dia tidak mampu ‘hidup’ tanpa wanita itu yang sudah banyak berkorban, bersama dengannya saat senang dan susah.

Meskipun sudah tidak bergelar suami isteri lagi, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Ayden Adrean. Bagaimanapun, bila berbicara soal rujuk, Bella berkata dia tidak mempunyai sebarang jawapan kerana perceraian mereka masih lagi baharu.

Buat masa sekarang sukar untuk saya buat keputusan mahu kembali bersama kerana perceraian kami masih baru. Jika saya katakan tidak, takut nanti perkara itu akan terjadi.

Saya selalu berhubung dengan Aliff kerana dia bapa kepada anak kami. Namun tidak pernah berbincang soal kembali bersama. Jika dia bertanya sekalipun, saya tidak berikan jawapan.

Melibatkan soal hati dan perasaan, Bella tidak boleh menerima Aliff hanya disebabkan rasa simpati dan kasihan.

Saya tidak boleh terima dia kembali hanya disebabkan rasa kasihan. Ini soal hati dan perasaan.Saya serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri tidak tahu jika satu hari nanti Tuhan bukakan kembali hati saya untuk kembali bersama Aliff.

Teringat pula kata-kata dimana ada kalanya kita harus lepaskan orang kita sayang untuk terbang bebas mencari kebahagiaan atau apa sahaja yang mereka mahu. Jika memang sudah tertulis dia jodoh kita, pasti satu hari nanti dia akan kembali.

Sumber Berita : MHE TV