Written by Bella | June 26th, 2019

Sah bercerai talak satu dengan Bella Astillah pada 16 Mei lalu, penyanyi Aliff Aziz beberapa kali mengakui dia masih berharap dapat merujuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Aliff akui dia tidak mampu ‘hidup’ tanpa wanita itu yang sudah banyak berkorban, bersama dengannya saat senang dan susah.

Meskipun sudah tidak bergelar suami isteri lagi, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Ayden Adrean. Bagaimanapun, bila berbicara soal rujuk, Bella berkata dia tidak mempunyai sebarang jawapan kerana perceraian mereka masih lagi baharu.

Buat masa sekarang sukar untuk saya buat keputusan mahu kembali bersama kerana perceraian kami masih baru. Jika saya katakan tidak, takut nanti perkara itu akan terjadi.

Saya selalu berhubung dengan Aliff kerana dia bapa kepada anak kami. Namun tidak pernah berbincang soal kembali bersama. Jika dia bertanya sekalipun, saya tidak berikan jawapan.

Melibatkan soal hati dan perasaan, Bella tidak boleh menerima Aliff hanya disebabkan rasa simpati dan kasihan.

Saya tidak boleh terima dia kembali hanya disebabkan rasa kasihan. Ini soal hati dan perasaan.Saya serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri tidak tahu jika satu hari nanti Tuhan bukakan kembali hati saya untuk kembali bersama Aliff.

Teringat pula kata-kata dimana ada kalanya kita harus lepaskan orang kita sayang untuk terbang bebas mencari kebahagiaan atau apa sahaja yang mereka mahu. Jika memang sudah tertulis dia jodoh kita, pasti satu hari nanti dia akan kembali.

Sumber Berita : MHE TV

20 responses to Ini Soal Hati, Saya Tak Boleh Terima Dia Hanya Sebab Rasa Kasihan – Bella Astillah

  1. Anonymous says:

    serius lah x abes lagi ke pasal bella ni, tu ari cakap dah xnak komen ape2 sebab dah takde hubungan, ni manjang tiap2 mggu nak bagi komen. biar pi lah alip jd ape sane dah xde kena mengena, kalau turn ayden dgn die barulah jumpa.

    11

    0
  2. Anonymous says:

    inai nama bella dekat badan alip tu since 2016, girl2 yg dgn alip x rasa bersalah ke tgk dada ade nama bini org tu masa wat keje x betul tu

    2

    2
    • Anonymous says:

      aikkk…masa gambar alif dgn budak 17 tahun tu tak nmpk plak inai tu. kalau since 2016 mesti nmpk kan?

      Bella…tolong jgn terima Aliff balik. Love yourself first. You deserve better

      3

      2
      • gem says:

        kalau aku cakap bodoh kan terasa
        nama pun inai, ada ke inai tahan bertahun2?
        aduhhh otak letak dlm lubang bontot keee

        13

        1
        • Anonymous says:

          ko la bodo, otak ko letak dlm bontot ko ke?da tau inai boleh ilang, da tentu la time die main ngan betina2 lain, inai tu da ilang bodo!! time inai tu masih ade kt badan mesti la die xbodo mcm ko, nak main ngan betina lain. bodo!!

          1

          2
      • faraj says:

        terimalah aliff tu…ko kan bella suka basuh spender laki. lelaki mcm ni la pas dan umngok suka….wakakahh

        0

        2
    • Anonymous says:

      inai kot bukan tattoo. inai seminggu dua hilang la. dan orang lukis ina tu pun cakap tu GAMBAR PADA TAHUN 2016 bukan gambar baru sejak 2016.

      Belajar BM lagi

      2

      0
  3. kelantit says:

    please, no, don’t..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    inai jenis apa yea yg boleh tahan bertahun-tahun….2016 kot skrg 2019…

    0

    2
  5. Anonymous says:

    bosa, muak, jemu…n boring. byeee.

    1

    0
  6. lisa surirumah says:

    sudah2 lah tu weeey…bukak pekung apa lagi? berbalik la kpd ajaran islam korang berdua ni aku hentak dgn blender baru nak berakal..

    3

    0
  7. Ikan says:

    Dah le tu bella pun, bawak2 la diam. Rentikan la komen pape dah. Toksah layan dah orang bertanya. Tak abis2 la citer korang. Lantakla ex laki ko tu. Klu ko diam2 nanti waras la balik dia. Ni selagi ada org bg perhatian selagi tu dia meroyan.

    2

    0
  8. Md says:

    Walaupun maruah pengundi PH dah macam maruah anjing tapi mereka tetap menjilat.

    Tabik pada kesetiaan mereka.?

    1

    0
  9. Pernah Rasai says:

    setuju Bella. Ramai lagi lelaki yang baik di luar sana. Aliff tu dah tercemar dengan perempuan sana sini.

    0

    0
  10. minah senget says:

    setuju BELLA,,,kuatkan hati..u can survive without man..klu jenis lelaki mcm ni X KAN BERUBAH till END

    0

    0
  11. kakikucinghitam says:

    hangpa dua ni xleh diam ke bella alip oii…. siesly nonstop statement. Belajar dari cara erra n ziana tu.. diam je depa. selesai semua damai

    1

    0

Leave a Comment

Optional