Written by serenity | June 10th, 2013

Mungkin ramai yang tidak tahu Daus AF8 atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 25, juga telah melangsungkan pernikahannya dengan seorang wanita cantik bernama Syaza Shamimi malam Jumaat lepas.



Majlis mereka dilangsungkan di Bintulu, Sarawak. Set gambar ini ialah untuk kedua-dua majlis pernikahan dan perkahwinan mereka. Khabarnya mereka juga telah melangsungkan majlis resepsi di tepi pantai. Tahniah untuk pasangan ini, semoga berkekalan ke syurga. Kredit gambar kepada jurugambar rasmi majlis mereka, Ceritera Cinta.


Pertandingan Nasyid dan Marhaban bersempena Festival Ramadan 2013 kembali untuk penganjuran kedua. Dapatkan syarat dan borang penyertaan dari laman sesawang kami http://www.jkkn.gov.my/

 
Written by AbangNara | May 20th, 2010

tiket final af8

Terima kasih buat Astro yang sudi bekerjasama sekali lagi dengan BeautifulNara untuk memberi peluang kepada pembaca-pembaca BeautifulNara menonton secara live konsert akhir Akademi Fantasia 8. Konsert akhir AF8 ini bakal berlangsung Sabtu ini (22 May 2010) di Stadium Putra Bukit Jalil. Ada 10 tiket percuma untuk dimenangi. Caranya senang sahaja iaitu:-

1. Hantar email ke borakartis [at] gmail.com dengan tajuk “Saya Nak Tiket Konsert Final AF8”.

2. Tulis satu slogan “Saya nak tengok konsert final AF8 secara live sebab …… (suka hati koranglah nak buat berapa panjang)”.

3. Tinggalkan nama penuh, nombor telefon dan berapa orang nak pergi. Maksimum ialah 2 orang satu penyertaan.(2 tiket sahaja untuk 1 orang yang hantar email).

4. Semua tiket akan diberi 1 jam sebelum Konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil. So anda kena datang untuk collect tiket selepas dapat email pengesahan yang anda telah menang tiket ini.

Itu sahaja. Siapa cepat dia dapat ek. Terima kasih. Untuk maklumat lanjut pasal AF8 boleh layari http://www.astro.com.my/akademifantasia

Written by AbangNara | May 4th, 2010

shahir keluar af8

Terkejut besar jugak kami apabila salah seorang pelajar feveret Akademi Fantasia 8, si Shahir terkeluar. Kalau dah lupa, kami pernah maklumkan yang si Shahir nie adalah bekas anggota nasyid Saujana. Akibat tersingkirnya Shahir, sepupu kami di rumah ini meraung kekecewaan. Dia tengok AF8 pun sebab kehandsomean Shahir. Lepas nie Shahir dah tak ada maka sepupu kami berkata yang dia akan stop tengok AF8.

Mungkinkah AFMASUK akan diadakan sekali lagi untuk memasukkan kembali Shahir? Tapi perlu ingat sebab pengetua AF8, Norman KRU cakap dia taknak buat AFMASUK kali nie. Adakah dia akan melanggar janjinya? Sama-samalah kita tunggu nanti.

Secara jujur, kami tak layan sangat AF8 nie sebab kami rasa AF dah tak ada auranya lagi. Mungkin dah basi sebab dah terlalu lama dah. Astro kena ubah dan cari jalan untuk buat program baru yang lebih menarik lagi.

Written by AbangNara | March 28th, 2010

ema af8

Jujur kami katakan yang kami tak sempat tengok konsert Akademi Fantasia 8 Sabtu lepas. So kami tak boleh nak komen sama ada persembahan Ema nie memang teruk atau pun tak. Tapi nampaknya rezeki Ema hanya sampai minggu ke 2. Kini tinggal adiknya, Adira sahaja untuk menyambung perjuangan keluarga mereka.

Sekali lagi kami nak nasihatkan peserta AF8 (terutamanya Maulana) supaya janganlah menangis tak ingat. Rileks dah la. Cuba cool sikit macam Shahir. Buruk benar muka anda menangis cam budak-budak tak dapat aiskrim. Kasik mahal sikit air mata tue.

kasut croc

Cun sungguh kasut Crocs warna pink nie. Harga asal agak mahal iaitu USD 34.99. Tapi kalau masa korang order kasut Crocs di atas, sila letakkan code PREPAIRSLIDE1499, boleh dapatkan 50% diskaun. Murah kan?

Tapi sebelum anda order kasut Crocs di atas tue (original tau), pastikan korang daftar dulu kat vsHub. Bila daftar dengan vsHub anda akan dapat alamat USA yang bakal digunakan masa order kasut Crocs kat atas tue.

Lepas tue vsHub akan uruskan penghantaran kasut Crocs yang cun melecun tue terus ke depan pintu rumah anda. Mudah kan? Kalau nak tau lebih lanjut pasal vsHub, boleh baca kat sini.