August 2nd, 2020

Penyanyi Ainan Tasneem telah mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata kembar untuk kelahiran keduanya ini.

Ainan mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram miliknya. Dia meluahkan rasa gembira dan sama sekali tidak menyangka akan merasai nikmat menimang anak kembar.

Menurutnya lagi, kelahiran kembar ini merupakan pasangan tidak seiras kerana berlainan kantung dan berbeza uri ataupun lebih dikenali sebagai ‘fraternal twin’.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya AidilAdha everyone ? Btw ramai yg tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! ???? Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls. Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula2 dapat tau news ni mcm terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dpt tahu dia bakal dapat 2 adik ? Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak ? Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yg pregnant twin? Jom share pengalaman spanjang pregnancy dgn Ainan. ? . #poplookootd

A post shared by AINAN TASNEEM ? (@ainantasneem92) on

“Ramai yang tanya tentang pregnancy Ainan kali ini. Insyallah.. It’s gonna be fraternal twin.. Subhanallah, Alhamdullilah ..Allahuakbar. Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung dan berbeza uri. Jadi jantina pun boleh jadi antara lelaki dan perempuan, both boys or both girls,”

Turut menceritakan pengalaman mengandung kali ini, Ainan mengatakan bahawa ketika tempoh trimester pertama dia mengalami loya yang amat teruk dan kini beransur pulih.

View this post on Instagram

The love of a family is life’s greatest blessing ? . Btw cuba cari perut siapa yg terkeluar?

A post shared by AINAN TASNEEM ? (@ainantasneem92) on

 Dalam pada masa yang sama, dia turut memohon doa orang ramai di luar sana supaya mendoakan kesejahteraan kembar dalam kandungannya.

Mengimbas kembali, bintang kelahiran Youtube ini telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017 yang lalu.

Pasangan ini kemudian dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun aiitu Ainan Salsabiela.

January 6th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Ainan Tasneem yang telah selamat bergelar isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi , hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 5.55 petang tadi di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ainan sendiri iaitu Dr Hj Ridzuan Mohd Sagir dan disempurnakan oleh jurunikah Ustaz Adib Mahyuz. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Ainan telah menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki beserta mas kahwin berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsikan jumlah wang hantaran. Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung pada hari esok 7 januari 2017  , di sebuah hotel juga di Shah Alam.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Kredit Foto : THE PHOTOSYMPTOM

October 4th, 2016

Anda masih ingat lagi dengan penyanyi Ainan Tasneem yanag bakatnya mula jadi perhatian ramai ketika beliau memuat naik video nyanyiannya di YouTube?

Jarang muncul di kaca tv, terbaru Ainan mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari tahun hadapan hanya selepas dua bulan berkenalan.

Saya buat keputusan untuk menerima lamaran dia (Ariff), walaupun kami baharu sahaja berkawan sejak dua bulan lalu. Saya buat solat ikhtiharah setiap hari dan yakin dengan keputusan ini. Lagi pula kami memilih untuk mengenali lebih dekat selepas berkahwin nanti.

Keikhlasan hati Ariff berjaya memikat hati Ainan apatah lagi lelaki berkenaan cukup bertanggungjawab dan menjaga keluarganya dengan begitu baik sekali.

Semuanya berjalan dengan pantas dan Allah telah dipermudahkan urusan kami, keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju dan mahu ia dilangsungkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Saya juga sudah bersedia untuk berkahwin kerana sebelum ini saya banyak kali bercinta dan gagal dalam percintaan.

Pada masa yang sama, Ainan memberitahu beliau sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang nyanyian selepas sah bergelar isteri. Keputusan beliau itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya MVM Music  walaupun Ainan masih lagi mempunyai empat bulan kontrak bersama syarikat berkenaan.

Saya yang buat keputusan untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan saya sudah maklumkan hal ini kepada syarikat rakaman. Kontrak saya dengan MVM hingga April tahun depan dan rasanya mereka juga tidak menghalang pendirian saya ini.

Majlis akad nikah Ainan dan Ariff akan diadakan pada sebelah pagi pada 7 Januari di Hotel Blue Wafe Shah Alam, manakala majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Tahniah kami ucapkan kepada Ainan Tasneem dan pasangan. Semoga segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

March 14th, 2016

Nama Ainan Tasneem beberapa hari ini mula menjadi hangat apabila beliau telah memuat naik status di Instagram mengkritik serta mempertikaikan seorang pramugara Air Asia kerana enggan membantu sepupunya untuk meletakkan bagasi diruangan simpanan yang berada di atas tempat duduk penumpang.

Walaubagaimanapun, ia menjadi viral apabila ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ainan dan menyatakan ia bukan tugas utama seorang pramugara. Malah, jika bagasi itu terlalu berat kenapa tidak “check in” sahaja?

Dihentam teruk oleh netizen, Ainan Tasneem akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tidak pernah tahu skop sebenar pekerjaan seorang pramugara.

Memang silap saya pertikaikan skop pekerjaan kru penerbangan dan saya hanyalah manusia biasa. Saya minta maaf kerana tidak terdedah dengan bidang tugas mereka.

Saya faham ramai krew penerbangan tidak berpuas hati terhadap saya, saya minta maaf tetapi percayalah saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pramugari atau pramugara sebelum ini.

Ainan menjelaskan status beliau itu bertujuan untuk menegur sikap pramugara berkenaan yang tidak boleh berbicara dengan lebih sopan.

Apa yang saya cuba ingin sampaikan adalah cara pramugara tersebut respons kepada pelanggan. Jika benar itu bukan tugasnya kenapa tidak boleh bercakap baik-baik dan berikan senyuman, sejuk hati pelanggan dan kami boleh terima.

Tetapi bila memberi respon sambil buat muka dan bercakap dengan kasar itu yang saya rasa tidak berapa bagus.

Ainan duduk di tempat duduk berasingan dengan sepupunya, namun apabila melihat tindakan pramugara berkenaan beliau cuba untuk menghulurkan bantuan.

Kalau saya ada di situ memang saya sudah tolong masukkan beg dalam tempat simpanan dan tidak perlu meminta bantuan atau menyusahkan pramugara berkenaan.

Kebetulan pramugara berkenaan berdekatan dengan sepupu saya dan meminta tolongnya. Apabila mendengar responsnya saya hendak bangun dan membantunya tetapi makcik saya bersuara terlebih dahulu dan baharulah pramugara berkenaan menolongnya.

Terma customer is always right bukan boleh dipakai sesuka hati, kadang-kala kena lihat juga pada situasinya. Bak kata netizen, lebih senang untuk “check in” bagasi anda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah. Sekarang ini kalau tidak puas hati sahaja mesti viralkan di media sosial.

Sumber Berita : mStar Online