Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Bersalin Secara Normal, Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Sepasang Kembar

Penyanyi Ainan Tasneem dilaporkan telah selamat melahirkan sepasang kembar secara normal pada tanggal 18 Disember yang lalu bertempat di Hospital Salam Shah Alam, Selangor.

Ainan difahamkan telah mengesahkan berita gembira tersebut dan teruja kerana menimang kembar lelaki dan perempuan secara kaedah normal tanpa sebarang masalah.

Advertisement

“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat, hari yang barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52 am dan 12.11 pm. Alhamdullilah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai perubatan serta doktor yang terlibat ketika proses kelahiran itu berlangsung.

Masih belum mahu mendedahkan kedua wajah si comel itu, Ainan turut mendoakan agar kedua-dua anaknya itu bakal membesar menjadi seorang anak yang baik dan patuh akan suruhan tuhan.

Tahniah diucapkan buat Ainan dan keluarga atas kelahiran bayi kembar mereka!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top