Dedah Nama Pasangan Kembar Baru Lahir, Ainan Tasneem Kongsi Maksud Nama Anak

Hiburan

Dedah Nama Pasangan Kembar Baru Lahir, Ainan Tasneem Kongsi Maksud Nama Anak

Penyanyi Ainan Tasneem yang baru sahaja melahirkan anak kembar kira-kira tiga minggu lalu nampaknya sudah mengumumkan nama pilihan untuk perkongsian bersama peminat.

Namun begitu, wajah pasangan kembar lelaki dan perempuan ini masih belum didedahkan Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan,28.

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Aku Suka Dia ini, dia dan suami telah memilih nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela buat anak kedua dan ketiganya itu.

Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.

Ainan dalam pada itu turut menjelaskan maksud nama yang dipilih buat anak kembarnya itu.

“Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami Faqeh Nael dan Faeqa Naela. Faqeh Nael yang memahami, bijaksana, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi. Faeqa Naela yang paling baik, cemerlang, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi.”

Terdahulu, Ainan selamat melahirkan bayi kembar secara normal pada 18 Disember yang lalu. Sekadar info, dia telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan iaitu Mohamad Ariffudin pada tahun 2017 dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Ainan Tasneem

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...