Written by Bella | June 12th, 2019

PU Abu menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur sudah bergelar bapa pada hari ketiga Syawal apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini selamat melahirkan seorang bayi di sebuah hopsital di Shah Alam.

Berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik fotonya bersama cahaya mata tercinta, PU Abu sempat menitipkan beberapa pesanan serta berdoa agar anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Pada masa yang sama, PU Abu turut memohon maaf dan mengakui banyak melakukan kesilapan ketika  anaknya ini  berada dalam kandungan. Pu Abu turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada PU Abu dan berharap agar dia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

Written by Bella | June 11th, 2019

Isu berkaitan PU Abu nampaknya belum reda, sekali lagi dia dikecam teruk netizen selepas berkongsi momen dirinya memikat Hana Azraa dalam sebuah program televisyen.

Netizen meluat dengan sikap PU Abu yang terlalu ingin menunjukkan kemesraan mereka di hadapan orang ramai walaupun dihimpit kontroversi.

PU Abu tanpa segan silu bercerita tentang kisah percintaannya dengan Hana, sedangkan ketika mereka dilamun cinta, lelaki itu masih lagi bergelar suami kepada Ain ‘Afini.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil anak pertama mereka kerana memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu. Difahamkan, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu.

Written by Bella | May 29th, 2019

Kontroversi kes rumah tangga PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian dan sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.

Sebelum ini, Ain mendedahkan PU Abu merasa menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu mereka rujuk semula.

Menjawab persoalan netizen berkaitan hal rujuk, Ain berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat bekas suaminya itu, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa.

Dalam pada itu, Ain menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga bayi di dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.

Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja.

Ain akui sudah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman. Doakan agar dia kekal tabah.

Sumber Berita : Utusan Online & mStar Online