Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tengok Keadaan Macam Mana – Ain ‘Afini Pertimbangkan Hasrat PU Abu Ingin Rujuk

Kontroversi kes rumah tangga PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian dan sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.

Advertisement

Sebelum ini, Ain mendedahkan PU Abu merasa menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu mereka rujuk semula.

Menjawab persoalan netizen berkaitan hal rujuk, Ain berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat bekas suaminya itu, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa.

Dalam pada itu, Ain menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga bayi di dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.

Advertisement

Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja.

Ain akui sudah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman. Doakan agar dia kekal tabah.

Sumber Berita : Utusan Online & mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. faraj

    May 30, 2019 at 4:00 pm

    aikkkk..kata nk kawin gan Janda.??? tetiba nk rujuk..!!! ni mesti Janda tu ingat Abu Kaya last2 Kayap….kikiki

  2. Anonymous

    May 30, 2019 at 1:56 pm

    Tulah pasal, ain panggil die ustaz ok! siap berdoa kalau x sempat merasa bahagia skrg die nak ke jannah pon dpt bersama dgn si abu ni gitu lah ayat die dekat bn dlu. ermmm mmg kebanyakkan perempuan lembik cmni senang2 je laa si abu tu main2 kan. pls deh jgn bg alasan kenangkan anak n percaya abu tu boleh berubah.

  3. tipahhhh

    May 30, 2019 at 12:53 pm

    Ye soal hati perasaan. Tapi aku xfaham jenis pompuan yg da kena kaw2 dgn laki tak guna, boleh plak “pertimbangkan” utk dia terima semula, kalau terima aku lg xtau nak ckp apa. Dgn si perampas ko boleh bermusuh,tp dgn ex laki yg terang2 punca n xcerdik tu boleh ko lembik? Aku hrp ain bukan perempuan lembik, sbb for sure if dia terima, dia yg akan lebih suffer dlm marriage derang.

  4. meme

    May 30, 2019 at 12:10 pm

    Terima jer..klau ada papa nnti jgn meroyan, tnjuk smpati kt media sosial k…netizen ni bukn tmpt u mngadu nasib..jgn salhkn jodoh ats plihan u sndri..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top