November 17th, 2011

Ini pula Bahagian Ketiga dan terakhir dalam siri gambar-gambar AIM 18 ini. Ada Azlan and the Typewriter dan Meet Uncle Hussain (MUH) dan Hazama di situ. Kami ada terfikir juga kalau-kalau MUH hendak feature Azlan dalam persembahan mereka, impian jadi kenyataan buat kebanyakan peminat MUH. Apa pun AIM 18 ini memang menghiburkan. Harap-harap AIM ke 19 nanti akan lebih best lagi.
PhotobucketPhotobucket
Lagi 35 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Seperti entri terdahulu, kredit gambar ialah pada MKStreet Professional Services. Layan!

P/S: Jangan lupa menonton Teater Bangsawan “Merong Mahawangsadi Panggung Bandaraya, KL, 8.30 malam, Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Kali ini menampilkan Dato’ Jalaluddin Hassan, Raja Azrey, Thye Mentor dan ramai lagi.  Tiket terhad, tempahan tiket berharga RM 5 setiap seorang boleh dibuat dengan menghubungi 03-20523600.

Photobucket PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

November 17th, 2011

Terdapat banyak pemintaan dari pembaca untuk BeautifulNara memaparkan gambar-gambar dari Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang berlangsung malam Sabtu lepas. Kepada artis-artis yang telah mengungguli kategori-kategori masing-masing, tahniah diucapkan. Kalau di Malaysia, kami kira AIM ini seperti anugerah Grammy di Hollywood. memang ia satu pengiktirafan teringgi untuk pengkarya-pengkarya muzik tempatan. Gandingan pengacara yang mantap juga menjadikan AIM 18 meriah.

Photobucket

Lagi 48 keping gambar-gambar yang cantik dalam Bahagian 1 ini ialah dari MKStreet Professional Services boleh anda lihat dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Jom layan!

***

Uols dah plan keww malam 25 dan 26 November nak ke mana? Datanglah ke Konsert “No Wrong Notes”, pukul 8.30 malam di Auditorium DBKL,  nok! Meriah uolss! Tiket RM 10 jeww.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

November 14th, 2011

Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) telah berlangsung pada malam Sabtu lepas, 12 November. Ada juga kontroversi yang timbul, seperti bagaimana lagu ‘Penakut’ dendangan Yuna memenangi kategori unggul Lagu Terbaik sedangkan telah kalah pada Anuar Zain untuk kategori Lagu Pop Terbaik. Kami walau bagaimanapun tidak membantah keputusan tersebut, kerana lagu itu sememangnya bagus dan suara Yuna yang gemersik melayakkan Yuna memenanginya.

Untuk keputusan penuh, lawati entri BeautifulNara di sini. Lagi 24 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Media Horizon.
























November 14th, 2011

Neelofa kelihatan anggun dalam gaun hijaunya di AIM 18 yang baru berlangsung. Beberapa hari tanpa gosip dulu sewaktu BeautifulNara sedang dalam proses naik taraf server, kami telah mengumpulkan beberapa berita baru tentang Neelofa Mohd Noor yang cun. Antara yang dapat dikumpulkan ialah Neelofa sedang menantikan tayangan 4 buah filemnya iaitu Azura 2011, Rentaz, Lemak Kampung Santan dan Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Di samping itu Neelofa turut akan menjadi pengacara rancangan Nona terbitan TV3 di samping Fara Fauzana tahun hadapan, dan dia juga telah terpilih untuk menulis di ruangan pojok Utusan Malaysia, jadi dia akan bercerita tentang kehidupannya dalam ruangan ini seperti yang dilakukan Ida Nerina untuk The Star rasanya. Jadi korang boleh meniliai sendiri kebolehan Neelofa menulis, kerana Neelofa pada kami adalah antara artis yang lengkap pakejnya dan ada mada depan yang cerah dalam industri.

Berkenaan dua orang pengawal peribadinya, Neelofa juga mendakwa mereka diupah oleh keluarganya untuk memastikan dia selamat. Jadi tak betullah tu gosip yang mengatakan seseorang ‘penting’ telah mengupah pengawal-pengawal tersebut untuk Neelofa.

Antara kenyataan menarik yang dibuat oleh Neelofa minggu lepas ialah dia terpaksa mewarnakan rambutnya kepada hitam untuk filem Lemak Kampung Santan untuk menyesuaikan dirinya dengan watak orang kampung. Kami juga rasa itu satu langkah yang proaktif untuk Neelofa sebagai persediaan untuknya berlakon dan kami berharap yang terbaik untuknya dalam dunia hiburan. Good luck, Neelofa! Lagi 4 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Media Horizon.

***

Festival Gong Sarawak 2011 akan berlangsung di Redeems Centre, Kampung Apar, Singai, Bau, Kuching juga pada 18 hingga 20 November 2011. Festival Gong yang melibatkan pelbagai agensi kebudayaan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya negara serta meningkatkan mutu permainan tradisional di rantau ini dan Asia Tenggara khasnya.

Program anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini menyasarkan untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan kepada masyarakat umum pelbagai kaum ini bakal menampilkan persembahan kumpulan gong tempatan dan jemputan, pameran alat muzik gong dan demonstrasi alat muzik gong. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan festival.