November 14th, 2011

Neelofa kelihatan anggun dalam gaun hijaunya di AIM 18 yang baru berlangsung. Beberapa hari tanpa gosip dulu sewaktu BeautifulNara sedang dalam proses naik taraf server, kami telah mengumpulkan beberapa berita baru tentang Neelofa Mohd Noor yang cun. Antara yang dapat dikumpulkan ialah Neelofa sedang menantikan tayangan 4 buah filemnya iaitu Azura 2011, Rentaz, Lemak Kampung Santan dan Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Di samping itu Neelofa turut akan menjadi pengacara rancangan Nona terbitan TV3 di samping Fara Fauzana tahun hadapan, dan dia juga telah terpilih untuk menulis di ruangan pojok Utusan Malaysia, jadi dia akan bercerita tentang kehidupannya dalam ruangan ini seperti yang dilakukan Ida Nerina untuk The Star rasanya. Jadi korang boleh meniliai sendiri kebolehan Neelofa menulis, kerana Neelofa pada kami adalah antara artis yang lengkap pakejnya dan ada mada depan yang cerah dalam industri.

Berkenaan dua orang pengawal peribadinya, Neelofa juga mendakwa mereka diupah oleh keluarganya untuk memastikan dia selamat. Jadi tak betullah tu gosip yang mengatakan seseorang ‘penting’ telah mengupah pengawal-pengawal tersebut untuk Neelofa.

Antara kenyataan menarik yang dibuat oleh Neelofa minggu lepas ialah dia terpaksa mewarnakan rambutnya kepada hitam untuk filem Lemak Kampung Santan untuk menyesuaikan dirinya dengan watak orang kampung. Kami juga rasa itu satu langkah yang proaktif untuk Neelofa sebagai persediaan untuknya berlakon dan kami berharap yang terbaik untuknya dalam dunia hiburan. Good luck, Neelofa! Lagi 4 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Media Horizon.

***

Festival Gong Sarawak 2011 akan berlangsung di Redeems Centre, Kampung Apar, Singai, Bau, Kuching juga pada 18 hingga 20 November 2011. Festival Gong yang melibatkan pelbagai agensi kebudayaan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya negara serta meningkatkan mutu permainan tradisional di rantau ini dan Asia Tenggara khasnya.

Program anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini menyasarkan untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan kepada masyarakat umum pelbagai kaum ini bakal menampilkan persembahan kumpulan gong tempatan dan jemputan, pameran alat muzik gong dan demonstrasi alat muzik gong. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan festival.






73 responses to “(5 GAMBAR)Neelofa Anggun Di AIM 18”

  1. rumours says:

    dah2laa..u all.. comment lebih2 sal die lantak pi laa die nak wat perpun kubur masing..bab mata juling tetek tak sama tu semer kuasa Tuhan…just shhhhhhhhh…ut up..kk..

  2. cik ida damia says:

    wat malu org kelantan jer..misha omar org kelantan femes sbb suara sedap tak de la seksi mcm dia ni.melampau sgt..

Loading...