March 26th, 2019

Pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz sebelum ini memberitahu mereka bakal berkahwin pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan mereka tidak diumumkan.

Terbaru, khabarnya majlis raja sehari mereka akan berlangsung pada hujung minggu ini. Mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April ini dengan tema tradisional dan ala kampung.

Teruja dapat mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya, Aidil memberitahu beliau dan Fasha menjemput 5000 orang tetamu trermasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Sumber Berita : Astro Gempak

March 12th, 2019

Macam pinang dibelah dua, pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang menghitung hari untuk bergelar suami isteri tidak lama lagi berkesempatan untuk mengabdikan momen indah penuh rasa cinta menerusi foto dan video pra perkahwinan.

Mengenakan busana perkahwinan serba putih rekaan eksklusif, Azura Couture, ia menaikkan lagi seri bakal pengantin ini.

Rata-rata netizen sudah tidak sabar dan teruja menantikan majlis raja sehari Fasha dan Aidil.

Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua selebriti ini, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto & Video : Instagram Azura Couture

March 11th, 2019

Walaupun tarikh pernikahan antara Aidil Aziz dan Fasha Sandha belum lagi ditetapkan, sebelum ini umum mengetahui majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan 6 April depan di Rembau, Negeri Sembilan.

Teruja dapat mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya, Aidil memberitahu beliau dan tunang tercinta menjemput 5000 orang tetamu trermasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Buat masa sekarang ini, memang kami tak ada lagi tarikh untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah pihak perempuan yang akan diadakan di Perlis. Ada beberapa persiapan yang belum disiapkan untuk majlis itu.

Tapi untuk majlis resepsi di pihak saya pula sudah ada tarikh iaitu 6 April depan dan majlis itu akan diadakan di kampung halaman di Rembau, Negeri Sembilan. Memang teruja dan tak sabar sebab majlis di kampung ini sudah tentu akan meriah. Tambahan pula saya sudah menjemput 5000 tetamu.

Dengan kehadiran tetamu yang ramai tentu sekali majlis mereka akan meriah. Pasangan yang bertunang pada 18 November tahun lalu, pasangan ini dijangka akan bernikah pada penghujung Mac ini.

Sumber Berita : mStar Online