Written by Bella | November 7th, 2017

Melihat wajah jelita pelakon Anzalna Nasir, ramai juga wanita yang ingin sekali mengetahui rahsia kecantikan beliau. Kalau namanya artis, tentu kos penjagaan kulit wajah mereka mencecah harga ribuan ringgit.

Jangan terkejut, Anzalna sebenarnya tidak mempunyai sebarang rahsia kecantikan tersendiri dan mengakui hanya menggunakan produk penjagaan kulit wajah dengan harga bawah RM 50 dan mengamalkan diet pemakanan sahaja.  Pasti ramai yang tidak percaya bukan?

Saya akui memang saya seorang yang kedekut dan kurang mengambil berat soal penjagaan kulit wajah. Produk yang saya beli pun kurang RM50 dan biasanya sekadar pencuci muka sahaja. Kadang-kadang saya tidur pun tanpa mencuci muka sampailah pori-pori kulit saya tersumbat kerana lapisan alat solek yang saya pakai seharian.

Malangnya, selepas pulang daripada bercuti di London pada bulan April lalu kulit muka saya dipenuhi dengan jerawat dan masalah itu semakin teruk ketika penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.

Saya terpaksa mendapatkan rawatan spa wajah dan berjumpa doktor pakar kulit untuk penyelesaian kerana masalah kulit muka saya ketara kalau dilihat dalam rakaman kamera.

Walaubagaimanapun, kini Anzalna sudah menyesal kerana kedekut kepada diri sendiri dan tidak mementingkan penjagaan wajah secara menyeluruh.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Bella | November 6th, 2017

Baru-baru ini pelakon Afifah Nasir menerusi kenyataan media memberitahu beliau dan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sudah berbaik dan melupakan segala kontroversi yang berlaku sebelum ini. Ramai juga netizen yang merasakan akhirnya perkara antara mereka bertiga ini sudah selesai. Namun, anda sebenarnya silap.

Menerusi akaun Instagram Aliff, beliau ada meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap Afifah yang tidak telus  dan sekaligus menafikan Afifah sudah berbaik dengan isterinya. Malah, Aliff juga bengang apabila Afifah masih lagi ingin membuat kenyataan mengaitkan dirinya dan Bella.

Aliff tampil merungkai keadaan sebenar dan meminta agar Afifah berhenti menipu orang ramai.

Agak sukar dan sudah tidak tahu apa lagi hendak dikatakan mengenai kes mereka bertiga ini. Kontroversi kadang-kadang tidak boleh reda begitu sahaja. Mungkin waktu sahaja yang boleh memulihkan keadaan.

Written by Bella | October 20th, 2017

Bermula daripada kontroversi keluar karaoke bersama Aliff Aziz dan timbul pula isu dimana netizen menuduh beliau menyindir Bella Astillah dengan hashtag #GentingJerBukanLondon dan #takpayahpakaitebal2sis menerusi foto beliau mengenakan gaun merah ketika berada di Genting Highland , pelakon Afifah Nasir berkata beliau sudah pun memohon maaf secara peribadi kepada Bella.

Walaubagaimanapun, Afifah tetap ingin menegaskan beliau tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak.

Saya sudah selesaikan isu itu dan menghantar mesej peribadi kepada Bella jika dia terasa dengan perkara itu. Saya sudah move on dan gambar serta hashtag itu bukanlah ditujukan kepada dia.

Afifah tidak ingin memikirkan isu tersebut lagi dan kini kehidupan beliau sudah kembali normal tanpa kecaman daripada masyarakat. Malah, rezeki beliau dalam bidang lakonan kini semakin bertambah.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | August 28th, 2017

Nama Afifah Nasir popular sekelip mata selepas kontroversinya dengan pasangan suami isteri, Aliff Aziz dan Bella Astillah. Ramai yang menjangkakan karier lakonan Afifah akan malap selepas kontroversi tersebut. Namun ternyata Afifah terus mendapat tawaran dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

afifah nasir

Akan tetapi Afifah kini lebih berhati-hati di dalam pergaulan agar pisang tidak berbuah 2 kali. Kata Afifah:-

Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita. Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.

Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana.

afifah

Rakyat Malaysia memang mudah melupakan dan mudah memaafkan. Namun diharap Afifah tidak memandang enteng sikap pemaaf pengikut industri lakonan tanah air. Cuba elakkan dari terlibat sebarang kontroversi dan tingkatkan mutu lakonan anda ke tahap yang lebih baik. Semoga satu hari nanti orang akan berbicara tentang kehebatan lakonan anda dan bukannya kontroversi yang melanda. Sumber Mstar Online.