Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rela Dilumur Air Tanah Dan Minyak Di Muka, Pelakon Afifah Nasir Tak Hirau Rupa Paras Ketika Berlakon

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Afifah Nasir berkata dia tidak hirau akan rupa parasnya di televisyen ketika melakonkan watak dalam sesebuah naskah lakonan.

Menurutnya, dia lebih mementingkan penghayatan watak dalam memastikan lakonannya memberi impak dan kesan kepada penonton yang menonton di luar sana.

Advertisement

“Saya tak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya bakal kelihatan di skrin selagi saya boleh menghayati karakter dengan baik kepada penonton,”

Dalam pada itu, Afifah mengakui tidak kisah jika terpaksa melakukan sesuatu di luar kebiasaan jika ianya diperlukan dalam sesebuah lakonan.

Advertisement
View this post on Instagram

Happiness is the best makeup ??

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on

“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa saja ke wajah atau rambut, saya tak merungut. Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda @zamarulhisham93,”

Perkembangan terkini, Afifah Nasir kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru Natijah Kasih Abah dan turut berlakon dalam drama Pengantin Satu Malam yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top