Written by serenity | February 12th, 2016

Beberapa hari lepas kami ada menyiarkan entri mengenai peserta Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Menurut dakwaan itu, mereka intim sehingga keluar masuk hotel’.

Perkara ini dinafikan oleh Adel yang mendakwa cerita keluar masuk hotel dengan teman lelakinya hanya fitnah. Tambah Adel, teman lelakinya mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
 photo pp.jpg

Isteri teman lelaki Adel yang bernama Hairin, 26, telah tampil kepada kami untuk menceritakan kisah dari pihaknya.

Selama enam tahun bersama suami keluarga saya bahagia. Mulai tiga bulan lepas suami saya mula berubah. Saya tak sedap hati.

Saya periksa telefon bimbitnya, dan saya nampak mesej-mesej antara Adel dan suami. Saya ambil gambar perbualan mereka guna telefon saya sendiri.

Saya tanya suami A sampai Z. Dia mengaku menjalinkan hubungan intim dengan Adel di belakang saya. Kawan-kawan saya nampak mereka daftar masuk ke sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Saya bersua muka dengan Adel dan suami sebelum pulang ke Johor dan Adel memberitahu dia mahukan suami saya.

Menurut Hairin, Adel juga bergambar dalam kereta kepunyaan suaminya.


 photo 153e1428-e60e-4ef7-93b3-309cdb8cf895.jpeg
 photo 6b3055cf-b52e-424c-99c0-8f4ffb70b06f.jpeg

Ditanya adakah benar dia dan suami sedang dalam proses perceraian seperti dakwaan Adel, wanita itu menafikan.

Saya dan suami tidak pernah bercerai, bagaimana suami saya boleh menjadi duda dan tiba-tiba kami dalam proses penceraian?

Keluarga saya sangat bahagia. Selepas berlaku begini suami saya mula menipu dan segala pergerakan Adel dan suami dapat saya lihat melalui akaun Instagram Adel.

Sepanjang saya di kampung mereka berkaraoke, bercheck-in, Adel ikut suami saya ke hulu ke hilir.

Menurut Hairin, dia tampil dengan cerita sebenar kerana Adel menipu orang ramai untuk menyelamatkan diri. Hairin juga memberitahu yang walaupun Adel sanggup bermadu dengannya, dia tidak sudi dan lebih rela berpisah.

Menurut Hairin lagi, suaminya memberitahu akan meninggalkan Adel perlahan-lahan tetapi masih menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu.

Tambah Hairin, dia tampil dengan cerita sebenar kerana mahukan keadilan bagi dirinya dan tiga orang anak perempuannya.

Agak sukar untuk membuat penghakiman tentang perkara ini sebagai orang luar. Diharap ketiga-tiga pihak akan dapat mencapai jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut ini. Kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, bukan?

Written by AbangNara | November 19th, 2014

Apabila sudah popular, seperti biasa akan ada desas-desus yang tidak diketahui kesahihannya bertebaran. Itu perkara biasa dan lumrah menjadi seorang selebriti. Terbaru, juara AF2014 iaitu Firman didakwa telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Bagi Abang Nara kalau desas-desus ini benar sekalipun, tiada masalah. Biasalah orang dah kahwin dan ada anak. Yang tak biasa ialah tak kahwin tapi dah ada anak.

firman af2014

Desas-desus tidak berasas ini timbul apabila seorang peminat meninggalkan komen menyatakan dia sudah berumah tangga dan mempunyai anak dalam sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya yang menggunakan nama @firman2014. Hmmmm. Ikuti penafian Firman di bawah:-

Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang. Itu tidak benar sama sekali (berkahwin dan punyai anak). Saya faham perkara seumpama ini akan terjadi, tetapi saya tidak cepat melatah. Saya akan cuba membiasakan diri dengan spekulasi dan keadaan seperti ini.

firman af2014

Bagus reaksi yang ditunjukkan oleh Firman. Tak gelabah, tak cuak, tak melatah dan tak mengamuk tak tentu hala. Kalau bukan, nafikan sahaja. Biasalah jadi artis khabar angin sebegini memang akan ada. Ini hanya perkara kecil sahaja. Apa pun, semoga Firman terus maju jaya dalam karier seni. Jangan lepas jadi juara AF terus senyap pula. Kena rajin dan berusaha keras. Teruskan usahamu Firman.

firman af2014

P.S: Koleksi jubah terbaru daripada Mis Claire kini boleh digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Saiz ada sehingga 6XL. Khas untuk pembaca BeautifulNara, anda boleh dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan voucher “IMEL15BN” ketika membuat pembelian. Sah sehingga 24 November ini.  Jangan lupa LIKE Facebook Mis Claire dan ikuti Instagram Mis Claire untuk melihat koleksi terbaru mereka. 

Written by AbangNara | November 10th, 2014

Seperti yang Abang Nara ramalkan, Firman telah berjaya menggondol gelaran juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang telah pun berlangsung sebentar tadi. Dengan kemenangan ini, Firman membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios dan beberapa lagi hadiah sampingan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Firman. Berdasarkan persembahan malam ini, memang layak untuk Firman bergelar juara.
keputusan akhir af2014

Keputusan-keputusan lain menyaksikan Aman mendapat tempat kedua, Ewal di tempat ketiga, Nuha di tempat keempat dan Adel di tempat kelima. Kedudukan Adel agak mengejutkan kerana pada awal konsert apabila undian diumumkan, Adel berada di tempat pertama. Nampak gayanya undian untuk Adel tidak banyak masuk sepanjang konsert berlangsung sehingga menyaksikan dirinya jatuh ke tempat tercorot.

keputusan akhir af2014

Pendapat jujur Abang Nara mengenai AF2014 ialah ia adalah lebih baik berbanding AF2013. Konsert akhir juga lebih menarik dengan kehadiran Jihan sebagai pengacara. Namun dari segi mutu persembahan, nampaknya kegugupan telah menganggu konsentrasi beberapa orang pelajar terutamanya Nuha yang lupa lirik. Apa pun, AF2014 kini telah tamat. Sudah tiba masa untuk pelajar-pelajar ini bergerak sendiri dan mencuba nasib dalam industri muzik tanah air.

keputusan akhir af2014
Selamat maju jaya Abang Nara ucapkan kepada semua pelajar AF2014. Perlu diingatkan bahawa tak semestinya menjadi juara adalah tiket untuk kejayaan anda. Teruskan usaha keras, teruskan belajar dan teruskan buat yang terbaik. Semoga ada pelajar AF2014 yang akan benar-benar menyerlah kelak. Good luck and all the best.

Written by AbangNara | November 3rd, 2014

Pejam celik pejam celik kita sudah pun sampai ke konsert akhir AF2014 yang akan berlangsung Ahad (9 November) ini. Semalam ketika konsert separuh akhir, teka-teki pelajar manakah yang akan berentap untuk bergelar juara AF2014 akhirnya terjawab. Azwan merupakan pelajar yang tersingkir, sementara Adel kembali diserap semula untuk beraksi di konsert akhir.
azwan af2014Ini bermakna 5 pelajar yang akan bersaing menentukan gelaran juara AF2014 ialah Firman, Nuha, Aman, Adel dan Ewal. Secara jujur Abang Nara ingatkan pengumuman AFSERAP akan dilakukan pada awal konsert, tetapi ia dilakukan selepas nama Azwan diumumkan tersingkir. Tiada kejutan berlaku apabila nama Adel diumumkan oleh Datuk Hattan selaku pengetua AF2014. Memang Adel sudah dijangka akan diserap kembali.
azwan af2014Apa pun, persembahan konsert separuh akhir sememangnya meriah dengan kehadiran penyanyi-penyanyi otai seperti Mus May, Rahmad Mega, Nizam Laksamana dan Joey BPR. Tegak bulu roma Abang Nara mendengar nyanyian mereka. Memang otai-otai ini amat berbisa sekali. Semoga para pelajar yang berjaya ke konsert akhir AF2014 telah dapat mengambil tips-tips berguna daripada mereka untuk diapplikasikan kelak.
azwan af2014

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, kemungkinan besar Firman akan dinobatkan sebagai juara AF2014. Namun seperti yang kita ketahui, program realiti ini memang penuh dengan kejutan. Semuanya bergantung pada undian para peminat. Semoga yang benar-benar layak akan bergelar juara. Sama-samalah kita saksikan konsert akhir AF2014 di saluran Astro Ria pada hari Ahad ini bermula jam 9 malam.