December 24th, 2014

Ini satu lagi pergaduhan yang semakin hangat. Zed Zaidi vs Adlin Aman Ramli. Kalau kedua-duanya bertinju untuk menentukan kemenangan, sukar nak jangka siapa pemenang. Ok itu sekadar metafora sahaja. Selepas dihentam teruk oleh Adlin kerana kelemahannya memimpin SENIMAN, Zed Zaidi telah tampil mempertahankan dirinya. Iyerlah siapa boleh tahan kena kritik sampai dipanggil ‘bodoh’. Mesti panas hati dibuatnya.

zed zaidi

Selain membalas kritikan Adlin, Zed Zaidi juga turut melemparkan sindiran yang amat pedas sekali. Merah telinga kalau jadi Adlin. Kata Zed:-

Kalau dakwaan dia kononnya saya tidak boleh mengendalikan persatuan dengan baik, kenapa ahli mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai presiden persatuan. Sebelum ini saya pernah memimpin SENIMAN selama satu setengah tahun. Sebanyak 500 program yang saya jalankan untuk menaikan nama Seniman. Kalau setakat 20 tahun jadi ahli SENIMAN tetapi tidak pernah datang mesyuarat ahli dan hanya bila mahu bertanding saja baru datang, tidak perlulah bercakap apa-apa.

Dia hanya juruaudit bukan AJK dan dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam mesyuarat yang kami adakan pada 15 Oktober lalu. Jika dia seorang profesional sepatutnya mendapatkan penjelesan daripada saya bukan hanya dari sebelah pihak saja. Dia bukan ada kredibiliti dalam persatuan dan tidak tahu tentang hal pentadbiran sesebuah persatuan.

Cuma, apa yang kita nampak mengenai dia hanya dalam lakonan, pengarahan dan sebagai pengkritik. Dia jangan bawa ilmu lakonan dalam pentadbiran persatuan. Sebelum ini, dia pernah menjadi timbalan sebuah persatuan artis tetapi ke mana persatuan itu sekarang. Jika dia tidak tahu tentang pentadbiran persatuan, jangan bercakap apa-apa tentang persatuan. Lebih baik dia tutup mulut.

adllin aman ramlie

Kalau masing-masing nak berbalas kenyataan, memang sampai kiamat pun tak akan selesai. Kenalah dahulukan masalah SENIMAN. Jangan bersikap individualistik sangat. Kalau rasa boleh tolong, pergi jumpa dan tolong. Zed Zaidi pun kenalah terbuka sikit. Selaku presiden, kena pandai delegate. Jangan semua kerja nak buat sendiri. Yang AJK-AJK pun kenalah buat kerja. Jangan duduk goyang kaki je. Malulah SENIMAN asyik timbul kontroversi tapi hasil tak ada apa pun. Tak gitu? Sumber MalaysianDigest.

December 22nd, 2014

Siapa tengok Mentor Legend semalam? Mesti ramai kan? Dan pasti ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen Adlin Aman Ramlie mengenai tudung Aina yang merupakan protege Ella. Agak terkejut juga Abang Nara mendengar komen Adlin. Malah reaksi yang ditunjukkan oleh penonton di studio juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Adlin. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kot.

komen adlin aman ramli

Antara bait-bait komen yang dikeluarkan oleh Adlin ialah ‘nampak macam makcik-makcik, ustazah tiba-tiba menyanyi‘. Secara jujur, Abang Nara lihat Aina comel sahaja dengan tudung yang digayakan. Tak adalah melampau macam penyanyi-penyanyi lain. Lagipun memang sesuai dengan wajah Aina. Ikuti komen Adlin di bawah:-

 


Berdasarkan komen-komen yang dikeluarkan oleh penonton Mentor Legend semalam, ramai yang tidak gembira dengan kritikan mengenai tudung yang dikeluarkan oleh Adlin. Antara komen-komen yang menarik ialah:-

komen adlin aman ramli

Makcik-makcik sekarang punya gaya tudung pun silap-silap haribulan boleh kalah anak dara dibuatnya. Tak gitu? Diharapkan Aina tidak menukar gaya tudungnya dalam konsert Mentor Legend minggu hadapan. Percayalah imej tudung anda ini dah sesuai dengan anda. Ramai yang sukakannya. Teruskan imej sebegini. Cantik dan sedap mata memandang. Apa komen anda?

October 9th, 2014

Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karekter hitam dan negatif. Itulah yang dirasai oleh Adlin Aman Ramlie, anak kepada Allahyarham AR Tompel yang dipaparkan secara ‘hitam’ dalam telefilem Saloma. Adlin turut memaklumkan yang kesemua ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel terguris dan kecewa dengan perkara tersebut.

adlin aman ramlie

Kata Adlin:-

Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu.

Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tida adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham.

Saya mewakili keluarga mengutuk sekeras-kerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas sekali menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris.

Adlin telah pun menghantar notis awal kepada produksi dan Astro namun ia tidak dilayan oleh pihak terbabit. Di dalam notis tersebut, Adlin telah menuntut agar menghentikan tayangan telefilem itu serta merta dan tidak mengulang tayangnnya pada masa akan datang. Turut sama diminta ialah permohonan maaf secara terbuka daripada semua pihak yang terbabit kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel.
adlin

Diharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik antara ahli keluarga Allahyarham AR Tompel dan pihak yang terbabit menerbitkan telefilem ini. Memang sedih jika arwah ayah kita dipaparkan dengan sebegitu rupa. Semoga ada penjelasan yang memuaskan hati semua pihak kelak.