Adlin Aman Ramlie Terguris Arwah Ayah Dipapar Bersikap Hitam Dalam Telefilem Saloma

Hiburan

Adlin Aman Ramlie Terguris Arwah Ayah Dipapar Bersikap Hitam Dalam Telefilem Saloma

Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karekter hitam dan negatif. Itulah yang dirasai oleh Adlin Aman Ramlie, anak kepada Allahyarham AR Tompel yang dipaparkan secara ‘hitam’ dalam telefilem Saloma. Adlin turut memaklumkan yang kesemua ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel terguris dan kecewa dengan perkara tersebut.

adlin aman ramlie

Advertisement

Kata Adlin:-

Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu.

Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tida adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham.

Saya mewakili keluarga mengutuk sekeras-kerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas sekali menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris.

Adlin telah pun menghantar notis awal kepada produksi dan Astro namun ia tidak dilayan oleh pihak terbabit. Di dalam notis tersebut, Adlin telah menuntut agar menghentikan tayangan telefilem itu serta merta dan tidak mengulang tayangnnya pada masa akan datang. Turut sama diminta ialah permohonan maaf secara terbuka daripada semua pihak yang terbabit kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham AR Tompel.
adlin

Diharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik antara ahli keluarga Allahyarham AR Tompel dan pihak yang terbabit menerbitkan telefilem ini. Memang sedih jika arwah ayah kita dipaparkan dengan sebegitu rupa. Semoga ada penjelasan yang memuaskan hati semua pihak kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...