July 27th, 2016

Walaupun sudah mengadakan sidang media mengenai rumah tangga beliau semalam, Adi Putra nampaknya tidak boleh lari daripada kontroversi.

Kali ini, adik kepada isteri pertamanya iaitu Aida Yusoh telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi.

Menurut adik iparnya itu, Adi cuma menipu dan berpura-pura sebelum ini. Sebenarnya memang niat Adi berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat.

Malah Adi didakwa sering mencetuskan masalah semenjak di awal perkahwinan beliau dan Aida lagi.

Luahan itu dilakukan kerana beliau dan keluarga  sudah tidak boleh bersabar lagi dengan sikap Adi yang sering menipu

Berikut penjelasan penuh adik ipar Adi :-

1 Malaysia kau tipu dengan kenyataan kau di sidang akhbar dan di Metro. Dari dahulu lagi macam-macam hal kau buat memalukan family aku. Masa dah kantoi kahwin lain kau cakap semua itu jadi atas permintaan  ibu kau dan sebab zuriat . Lepas itu kau pusing.

Ingat dah pergi haji berubah tetapi tetap sama kaki penipu. Berani buat sidang akhbar dan statement di  Metro. Bercakap macam “gentleman” tetapi bapak mertua kau sendiri tak berani jumpa.

Bukan hendak masuk campur hal rumah tangga korang, tetapi hendak tegakkan maruah keluarga aku yang kau aibkan daripada dahulu. Apa “function”  kau   sebagai abang ipar dalam family pun aku tidak tahu tau, sejak dari mula kahwin sampai sekarang.

“Hope” dengan kenyataan ini rakyat Malaysia tahu siapa sebenar nya ADI PUTRA..!!! Agak-agak kau tak puas  hati dengan “statement” sebenar-benarnya ini kau boleh “face to face” dengan aku

Assalamualaikum …

Hmmph, kami tidak tahu sejauh mana kebenaran didalam kenyataan diatas. Walaubagaimanapun, harap Adi ada penjelasan yang kukuh tentang perkara ini. Jika benar beliau berkahwin untuk mendapatkan zuriat, apa salahnya berterus-terang dengan orang ramai.

July 26th, 2016

Semalam, pelakon Adi Putra akhirnya telah tampil mengesahkan beliau sudah berkahwin buat kali kedua dan menjelaskan setiap persoalan yang tercetus sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Adi memberitahu beliau enggan memperkenalkan isteri keduanya itu kepada umum buat masa ini kerana wanita berkenaan bukanlah seorang selebriti.

Sekurang-kurangnya buat masa ini saya tidak merancang untuk perkenalkannya kepada umum kerana dia bukan selebriti. Tetapi siapa tahu pada masa akan datang kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah kententuan Allah.

Meskipun Aida mengetahui mengenai perkahwinan kedua Adi. Kedua-dua isterinya itu sebenarnya masih belum bertemu empat mata dan mengenali antara satu sama lain.

Menurut Adi, masih terlalu awal untuk isteri-isterinya bertemu kerana beliau juga masih dalam peringkat untuk membiasakan diri hidup berpoligami.

Ermmh, mungkin dalam keadaan panas sekarang ini Adi tidak mahu isterinya itu diperkenalkan kepada masyarakat dan dipertemukan dengan isteri pertamanya Aida. Iyalah, perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu bukan?

Sumber Berita : mStar Online

July 22nd, 2016

Setelah lama berdiam diri mengenai gosip beliau sudah berkahwin satu lagi, Adi Putra akhirnya tlah tampil memberitahu apa yang beliau lakukan bukanlah satu dosa.

Untuk menjawab segala spekulasi, Adi bakal mengadakan satu sidang media tidak lama lagi.

Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih

Sebelum ini, keluarga terdekat isteri kedua mengesahkan Adi sememangnya sudah berkahwin dengan wanita berkenaan yang seorang janda anak satu pada 19 Jun lepas di kediaman wanita itu. Menurut sumber itu lagi, perkahwinan Adi mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

Walaubagaimanapun, Adi meminta agar pihak berkenaan tidak mencampuri sebarang urusan rumah tangganya dan beliau akan mengambil tindakan sekiranya masih ada lagi yang menjaja sebarang cerita mengenai perkahwinannya.

Kita nantikan penjelasan lanjut Adi Putra mengenai rumah tangganya pada sidang media khas yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setiap gosip ataupun cerita yang tersebar mungkin ada kebenaran disebaliknya..

Sumber Berita : mStar Online

July 19th, 2016

Berita pernikahan kali kedua Adi Putra cukup hangat diperkatakan sekarang dan ia masih lagi menjadi teka-teki.  Adi dan isterinya Aida Yusof masing-masing kunci mulut mengenai gosip berkenaan.

Namun,  muat naik terbaru Adi dan Aida di akaun Instagram milik mereka mencetuskan pelbagai persoalan.

Mereka telah memuat naik foto yang sama pada jam 3.45 petang semalam tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan emoticon berbentuk senyuman.

Menurut portal Utusan Online, pasangan berkenaan sedang bercuti di luar negara sehingga hujung minggu ini. Ia merupakan usaha Adi untuk memujuk hati Aida yang baru sahaja dimadukan.

Pengikut mereka di Instagram mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan berkekalan dan ada juga memuji Aida seorang wanita yang kuat dan mampu lagi mengukir senyuman diwajahnya meskipun Adi menduakan beliau.

Hmmmph,  kami pun tidak dapat komen lebih mengenai isu Adi Putra berkahwin buat kali kedua . Apa-apa pun kami harap akan ada penjelasan lanjut daripada beliau dan tidak lagi bermain teka-teki dengan peminat.

Sumber Berita : Utusan Online