July 17th, 2016

Beberapa hari ini memang hangat dengan berita pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua. Malah, foto perkahwinan beliau bersama seorang wanita janda anak satu itu sudah tersebar luas di Internet.

Lebih panas lagi, bekas suami wanita berkenaan turut mendedahkan perkara sebenar menerusi satu luahan di akaun Facebook miliknya.

Namun, Adi dan juga isteriya Aida Yusof sehingga kini masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

Adi juga khabarnya membatalkan majlis Aidilfitri bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Casa Ombak, Ampang dek kerana kontroversi yang sedang melanda dirinya kini.

Masih lagi ingin mendapatkan cerita yang sebenar, pihak media berusaha untuk menghubungi wanita yang didakwa sebagai isteri kedua Adi.

Walaubagaimanapun,  usaha mereka untuk merungkai segala persoalan gagal kerana wanita itu juga enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini.

Pada kami Adi Putra tidak perlu lari daripada isu ini kerana tiada sebarang perkara yang akan selesai. Kalau benar sudah bernikah, apa salah untuk berterus-terang.

Sumber Berita : Harian Metro

July 16th, 2016

Pagi tadi kami ada menyiarkan berita yang agak mengejutkan dimana ada khabar angin mengatakan pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan beliau sejak setahun lalu.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan,isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof juga enggan memberikan komen lanjut mengenai isu ini.

Terbaru, individu yang didakwa sebagai bekas suami kepada isteri kedua Adi itu dikatakan telah meluahkan perasaan di laman Facebook miliknya.

Menerusi luahannya itu, bekas isterinya itu telah nekad meninggalkan beliau untuk bersama Adi Putra yang dipercayai dapat membimbing beliau ke jalan yang lebih baik.

Berikut luahan individu berkenaan :-

Malah, individu yang sama juga turut memua naik sebuah foto dengan nukilan luahan hati di bahagian “visitor posts” di fanpage Adi Putra.

Sehingga kini Adi Putra masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran gosip hangat ini.

Kami harap Adi Putra dengan segera tampil dengan penjelasan bagi menjawab segala persoalan serta khabar angin mengenai perkahwinan keduanya ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

July 16th, 2016

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita, kali ini satu lagi berita mengejutkan tentang pelakon ini tersebar. Khabar angin sedang bertiup kencang mendakwa pelakon tersebut telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun. Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib. Isteri kedua Adi Putra ini juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

adi putra

Menurut pengirim gambar, isteri kedua Adi Putra merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Diminta mengesahkan dakwaan ini, Aida Yusof, isteri Adi Putra enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Sementara itu Adi Putra pula tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

adi putra

Sudah tentu berita ini mengejutkan semua pihak terutamanya peminat Adi Putra. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripadanya. Sumber Astro Gempak.