October 30th, 2013

Entah mengapa Abang Nara suka berkongsi perkembangan terbaru Adda Butterfly ini. Walaupun secara jujurnya Adda bukanlah nama besar di dalam industri hiburan tanah air. Mungkin Abang Nara ingin melihat Adda bahagia selepas perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan penceraian selepas hanya 17 hari .

adda butterfly kahwin lagi

12 Oktober lalu, Adda akhirnya bergelar seorang isteri buat kali kedua. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan dari Sabah. Kali ini juga Adda merupakan seorang isteri kedua. Namun belajar daripada kesilapan yang lalu, hubungan Adda dengan isteri pertama adalah baik dan Adda kini bergelar ibu tiri kepada 2 orang anak.
adda butterfly kahwin lagi
Abang Nara tertanya-tanya juga mengapa Adda tidak memilih lelaki bujang sebagai suami dan adakah suami baru Adda ini seorang lelaki kaya. Jelas Adda kepada Utusan Malaysia:-

Saya sudah lali dengan pandangan orang, sebenarnya suami saya ini bukan orang kaya, hanya biasa-biasa. Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi.

Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia.

adda

Semoga kebahagiaan yang dicari oleh setiap wanita akan ditemui oleh Adda dalam perkahwinan keduanya. Jangan lupa untuk menjaga hati madu anda. Sama-samalah kita doakan agar Adda bahagia sehingga ke akhir hayat.

fareeda aisya

P.S: Tampil cantik menawan seperti tunang Fizo Omar, Mawar dengan menggayakan tudung terbaru daripada Fareeda iaitu Fareeda Aisya. Kualiti terjamin dengan corak terkini dan warna-warni yang pastinya menyerlahkan lagi kejelitaan anda. Layari Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk informasi lanjut tentang fenomena terbaru Fareeda ini.

August 24th, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Adda Butterfly yang telah pun selamat bertunang baru-baru ini. Gambar-gambar sekitar majlis pertunangan telah pun dikongsi oleh Adda sendiri menerusi akaun Instagramnya. Untuk anda yang tidak tahu, Adda suatu ketika dahulu pernah berkahwin dan mahligai perkahwinannya hanya bertahan selama 17 hari.

adda butterfly bertunang

Semoga kali ini, bahtera yang bakal dibina akan mampu bertahan buat selama-lamanya. Adda juga selaku wanita pasti mahu mengecapi kebahagiaan bergelar seorang isteri. Tak ada wanita di dunia ini yang mahu bergelar janda lebih-lebih lagi di usia muda. Tak gitu?

adda butterfly bertunang

Tidak diketahui pula identiti tunang Adda ini. Apa pun, sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 5 objek berhantu sepanjang zaman

adda butterfly bertunang
adda butterfly bertunang
adda butterfly bertunang
adda butterfly bertunang
adda butterfly bertunang
adda butterfly bertunang

June 22nd, 2012

Akhirnya setelah mendiamkan diri selama ini, bekas suami Adda Butterfly, Ridzuan telah ,tampil membuat penjelasan tentang perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 17 hari. Paling penting, Ridzuan menerangkan yang Adda Butterfly menipu pihak media apabila menyatakan status dirinya sebagai duda sedangkan Adda mengetahui yang dia adalah suami orang.

adda butterfly

Dalam temubual panjang bersama Utusan Malaysia, Ridzuan menyatakan yang dia beranggapan bahawa Adda sendiri yang menyebarkan gambar perkahwinan mereka dua. Ini kerana gambar tersebut adalah koleksi peribadi milik Adda Butterfly. Sedikit sedutan daripada temuramah yang diberikan di bawah:-

Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui punca penceraian mereka dan amaran Ridzuan kepada Adda.

Apa yang membuatkan Ridzuan ‘bengang’ sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan?

Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar.

Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.

Apa rekasi Adda masa tu?

Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar.

Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti?

Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.

Apa lagi yang dia tipu?

Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya.

Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan?

Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati.

Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda?

Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah?

Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan.

Adakah abang diprovok?

Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama.

Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar.

Macamana?

Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan.

Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu?

Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu. Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni?

Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara ‘besar’ yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia.

Maknanya tiada desakan isteri pertama?

Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri.

Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu?

Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf.

Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini?

Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham.

June 5th, 2012

BeautifulNara.com ialah yang pertama melaporkan tentang perkahwinan Adda Butterfly dan rasanya macam baru saja melaporkan tentang Adda yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tampak agak berusia. Namun kami telah mendengar desas-desus keretakan perkahwinan Adda sejak beberapa minggu lepas.

Media Hiburan bagaimanapun telah melaporkan yang Adda mengakui perkahwinannya dengan lelaki tersebut hanya bertahan 17 hari. Masalah mula timbul selepas isteri pertama bekas suami Adda mengetahui tentang perkahwinan mereka.

Isu juga timbul apabila Adda menyatakan status bekas suaminya sebagai ‘duda’ kepada pihak media sedangkan beliau masih bergelar suami kepada isteri pertama.

Kerana masalah tersebut tidak berjaya diselesaikan, bekas suami Adda bertindak menceraikan Adda melalui telefon selepas keluar dari rumah.

Abang Adda, Rodi Kristal pernah muncul dalam rancangan Propaganza sebelum ini, mendakwa tidak tahu langsung tentang perkahwinan adiknya dengan lelaki tersebut.

Rasanya ada yang pelik dengan kisah perkahwinan Adda ini, namun pada Adda, bertabahlah. Jadikan ini satu pengalaman dan pengajaran.

***