June 5th, 2012

BeautifulNara.com ialah yang pertama melaporkan tentang perkahwinan Adda Butterfly dan rasanya macam baru saja melaporkan tentang Adda yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tampak agak berusia. Namun kami telah mendengar desas-desus keretakan perkahwinan Adda sejak beberapa minggu lepas.

Media Hiburan bagaimanapun telah melaporkan yang Adda mengakui perkahwinannya dengan lelaki tersebut hanya bertahan 17 hari. Masalah mula timbul selepas isteri pertama bekas suami Adda mengetahui tentang perkahwinan mereka.

Isu juga timbul apabila Adda menyatakan status bekas suaminya sebagai ‘duda’ kepada pihak media sedangkan beliau masih bergelar suami kepada isteri pertama.

Kerana masalah tersebut tidak berjaya diselesaikan, bekas suami Adda bertindak menceraikan Adda melalui telefon selepas keluar dari rumah.

Abang Adda, Rodi Kristal pernah muncul dalam rancangan Propaganza sebelum ini, mendakwa tidak tahu langsung tentang perkahwinan adiknya dengan lelaki tersebut.

Rasanya ada yang pelik dengan kisah perkahwinan Adda ini, namun pada Adda, bertabahlah. Jadikan ini satu pengalaman dan pengajaran.

***


177 responses to “Perkahwinan Adda Butterfly Bertahan Hanya 17 Hari”

  1. Luke says:

    Mungkin ada hikmahnya juga penceraian ni.

  2. MawarBerduri says:

    niat adda tu yg salahhhh….dia sendiri yg buat, x ngaku la plk…dari A to Z, i tahu cite diaorg…..!!!!!!! gmbr yg klr paper, bkn org lain yg hntr…adda sendiri yg hntr kpd wartawan…atas tujuan apa tu adda??? nk bg isteri pertama naik angin mohon cerai…last2 hang yg kena cerai!!! hang ambk laki org pun dgn cara x betoi…siap pakai segala ilmu itammmm…..apa kejadahnya tuuu!!!??? klu dah dari awai niat & nawaitu tu x betoiiii, balasannyaaaa….hg dah dpt!! Allah sentiasa bersama dgn org yg teraniaya….bersyukur sgt, Allah bg pentunjuk dah tu adda….BERTAUBATTTLAAAHHHH….!! Allah maha pengampun…jgn gah sgt dgn diri yg cantik, klu perangai mcm haprakkkkhhhh!!! Segala ilmu itam hg tu, henti2kan laaahhh…..

  3. HAMBA ALLAH says:

    TAK DE ISTILAH PERAMPAS. SUAMI TU MILIK ALLAH. BUKAN MILIK KITA. KALAU KORANG MENGHINA ISTERI KE 2, 3, DAN KE 4 SAMA AJA KORANG MENGHINA HUKUM ALLAH COZ HUKUM TU ALLAH DAH TETAPKAN. BOLEH!!!

    PENGAJARAN UNTUK SEMUA WANITA CARILAH LELAKI YG BERIMAN TIDAK KIRA APA PUN STATUS. YG PENTING BERIMAN!!!

  4. EMAK NANA says:

    tu la pompuan skang…pilih laki cam DESPRATE sgt. Laki tua pon pakai sebat…
    So pengajaran untuk pompuan muda kat luar tu…pilih pasangan hidop tu biar pakai otak dgn imam…kawen ni bukan benda seminggu dua.

  5. ridzuan says:

    yer,,aku bekas suami adda,memang aku dah cerai kan dia dalam masa 17 hari sahaja,mane ade seorang suami yg sanggup nk mencerai kan isteri nya dalam masa yg singkat,sedang kan inai di jari masih merah,korang sendiri boleh fikir lah.kenape. dan sekarang ni pn.masih dalam edah.dia dh ade boy friend,so ?
    dia kawin dgn aku pn,bkn kerna paksaan k..asal lak aku nk paksa dia.so,korang sendiri lah fikir.kenapa dulu,masa dia putus dgn mamat,macam2 cerita n statement yg dia lempar kan dkt mamat,skrg ni,aku pulak yg dia ckp,dia nk tunjuk bagus ker ? kalau dia bagus,tk akan lah aku nk cerai kan dia,so,,LU FIKIR LAH SENDIRI ? manusia macam ni .easy come,n easy go la… skrg ni,nk tunjuk lah,yg dia boleh lg cari boyfriend,selepas aku cerai kan dia,tp!ade aku kisah,aku tk rugi se sen pn lah…sape2 yg kenal rapat dgn dia,mesti tahu cerita dia yg sebenar ? siapakah Adda ??? aku pn ! tk nk lah nk mengaib kan pasal org,walaupn dia bekas janja aku..aku cuma nk bg korang tahu,supaya memikir kan sebelum korang nk ckp,atau pn nk komen2 kt dalam ni…sape kene..dia yg rasa kann..ibarat,,sapa yg makan cili !!! so,,kalau korang kahwin dalam masa yg sing,n tetibe jer korang cerai kan isteri korang ? KENAPA ??? cukup lah adda,,tk payah lah lagi,nk bg statement yg tk betul n menipu,,tk payah lah awk nk cari publisiti murahan,,,

Loading...