Written by Bella | April 17th, 2017

Dikritik bingit, bising dan membuat lawak hambar, pelawak Achey memberitahu beliau cuma memenuhi permintaan pihak produksi Gema Gegar Vaganza untuk mengacarakan program tersebut dengan caranya tersendiri. Pernah beliau hendak merendahkan suaranya ketika mengacara tetapi pihak produksi menegur beliau kerana tidak mahu program tersebut membosankan.

Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas. Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar.

Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak. Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Berbicara mengenai panggilan nama kau dan aku ketika berinteraksi bersama peserta yang dianggap kurang ajar oleh sesetengah netizen, Achey menjelaskan dengan cara itu beliau dapat membuatkan penyanyi yang bertanding tidak terlalu gementar ataupun merasa tertekan.

Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar. Saya tidak rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah.

Bak kata Achey beliau tidak mampu untuk memuaskan hati orang lain dan apa yang beliau lakukan atas kehendak pihak produksi juga.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 17th, 2017

Dua minggu bersiaran, program Gema Gegar Vaganza sudah mempunyai jumlah peminatnya tersendiri dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton sehingga ada yang merasa sayu melihat persembahan peserta yang penuh dengan mesej tersirat dan kerohanian.

Namun, disebalik kemeriahan GGV, ada sesetengah netizen yang kurang gemar dengan cara pengacaraan Achey. Untuk makluman anda, Fikri Lawak Solo dan Siti Nordiana turut menjadi pengacara GGV.

Rata-rata netizen agak rimas dan “meluat” dengan Achey kerana terlalu bising, bingit dan membuat lawak hambar ketika mengacarakan program tersebut.

Harapnya Achey dapat menerima teguran ini dengan baik. Jangan risau, masih ada ruang sebenarnya untuk beliau memperbaiki cara beliau mengacara. Kita tunggu minggu hadapan bagaimana. Bukan mudah untuk berdiri di atas pentas dan cuba untuk memeriahkan suasana sesebuah program.

Written by Bella | April 30th, 2016

Semalam pentas Maharaja Lawak Mega 2016 telah melabuhkan tirainya dan seperti jangkaan ramai kumpulan Bocey telah berjaya menjadi juara dan sekaligus menerima hadiah wang tunai RM 500,000.

MLM 2016 peringkat akhir diadakan secara langsung di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.

Naib juara pula dimenangi oleh Kumpulan Joras yang dianggotai Shuk, Rahim dan Joey . Mereka menerima hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga, dimenangi Kumpulan Puteh yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi. Manakala kumpulan LOL yang dianggotai Tauke, Angah dan Ajak pula di tempat keempat yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 26th, 2015

Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Achey tidak pernah merungut apabila sering ditanya soal cahaya mata.

Bagi Achey, itu adalah lumrah kehidupan apabila orang sudah berumah tangga namun beliau mempercayai perancangan Allah SWT itu lebih baik dan menyerahkan soal rezeki kepadaNya. Malah, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan anak.

Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan. Siapa yang tidak inginkan anak?

Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa. Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama.

Walaubagaimanapun, Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya masih belum mempunyai sebarang rencana untuk mengambil anak angkat.

Buat masa ini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan. Kehidupan saya dan isteri sering kali diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil.

InshaAllah rezeki itu ada cuma belum tiba masanya lagi. Kami harap Achey dan isteri sentiasa bahagia bersama pedulikan apa orang kata.

Sumber Berita: Berita Harian