(VIDEO) Gagal Proses IVF, Rakan Selebriti Titip Kata-Kata Semangat Untuk Achey Dan Isteri

Hiburan

(VIDEO) Gagal Proses IVF, Rakan Selebriti Titip Kata-Kata Semangat Untuk Achey Dan Isteri

Pelawak, Achey berkongsi berita duka apabila keputusan proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani oleh isterinya, Nur Hasanah Yahaya, menemui kegagalan.

Dalam video yang dimuat naik oleh pelawak itu di Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, meluahkan rasa reda walaupun proses yang dilakukan isterinya itu gagal.

Advertisement

Syukur Alhamdulillah…REDHA…@Anne_achey please comeback stronger.”

Dalam pada itu, video turut memperlihatkan Achey menenangkan isterinya yang sedang duduk di atas kerusi roda.

Melihat kepada keadaan itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberi kata-kata semangat kepada pasangan tersebut supaya terus kuat dalam menjalani ujian kehidupan.

“InsyaAllah ada rezeki lain yang Allah sembunyikan. Stay strong,” kata Sheila Rusly.

“Takpe, rezeki Allah tu luas,” ujar pelakon, Izzue Islam.

Sekadar info, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pasangan itu turut mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, yang kini berusia empat tahun.

Achey
1 year ago

(VIDEO) "Artis Tak Payah La Main Politik" - Achey Muat Naik Video 'Perli' Parti Politik, Netizen Suruh Diam Saja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...