“Saya Memang Guna Populariti Dia..” – Achey Tak Nafi Kurang ‘Job’ Selepas Pemergian Abam, Kini Tumpang Populariti Anak

Hiburan

“Saya Memang Guna Populariti Dia..” – Achey Tak Nafi Kurang ‘Job’ Selepas Pemergian Abam, Kini Tumpang Populariti Anak

Salah seorang dari kumpulan pelawak yang dahulunya diminati ramai iaitu Achey dari kumpulan Bocey akui kerjaya seninya semakin sendu setelah kehilangan rakan dan juga ahli iaitu Allahyarham Abam.

Katanya, dia dan Fad memang sudah lama tidak mendapat tawaran membuat persembahan semenjak Abam meninggal. Oleh itu, dirinya memilih untuk mengalihkan fokus kepada perniagaan dan menjadi content creator di media sosial.

Advertisement

Bukan lah tak ada langsung job, cuma sitkom atau program lawak tu sudah lama kami tak dapat tawaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Tambah Achey, apa yang sedang mereka lalui ini dikira sebagai ujian. Jika ditanya hendak mencari pengganti lain sekalipun, dirinya juga tidak pasti jika mereka akan kekal releven untuk masa yang lama.

Bukan itu sahaja, pelawak berumur 37 tahun ini tidak menafikan dirinya menggunakan populariti anak perempuannya, Tiara untuk mencari rezeki. Perniagaan gula-gula dan coklat itu ternyata mendapat banyak sambutan dari orang ramai.

Memang saya gunakan populariti anak, tapi untuk benda positif bukan yang mengarut.

Achey juga berkata keuntungan yang mereka dapat itu akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anaknya memandangkan itu juga terdiri dari hasil kerja puterinya itu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

achey tiara botol candy
8 months ago

Bisnes Tiara Botol Candy Dah 18,000 Terjual, Achey Rancang Jual Motosikal Demi Kembangkan Perniagaan Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...