Bisnes Tiara Botol Candy Dah 18,000 Terjual, Achey Rancang Jual Motosikal Demi Kembangkan Perniagaan Anak

Hiburan

Bisnes Tiara Botol Candy Dah 18,000 Terjual, Achey Rancang Jual Motosikal Demi Kembangkan Perniagaan Anak

Sedia maklum, perniagaan kecil, Tiara Botol Candy sememangnya mendapat sambutan yang cukup dasyat di platform TikTok dan susulan itu, pelawak Achey mengambil keputusan untuk mengambil pekerja sambilan untuk bantu dalam kerja pembukusan.

Menurut Achey, selepas saja dirinya memuat naik iklan mencari pekerja sambilan di Instagram Story, semalam, ratusan mesej diterima daripada individu yang berminat.

Advertisement

Ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara.

@achey_kintangkintung Yang nak runcit2 .. tekan beg kuning #tiaracandy #tiarazinnirah #tiaraanakachey #tidolagibest ? Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevee wuaten

Kata pelawak itu lagi, sehingga ke hari ini, jualan pek gula-gula yang dijual sudah hampir 18,000 dan jumlah pemulangan juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat.

Dalam pada itu, bapa kepada Tiara berkata dia mengambil serius berkenaan bisnes ini hingga sanggup menjual beberapa aset termasuk motosikalnya demi membeli sebuah van bagi urusan pengambilan gula-gula.

Sekadar info, pada 23 Ogos lalu, Achey sangat terkejut selepas perniagaan makanan ringan yang dijalankan oleh anak perempuannya mendapat sambuta cukup hebat kerana dalam beberapa minit ia sold out.

1 year ago

(VIDEO) Gagal Proses IVF, Rakan Selebriti Titip Kata-Kata Semangat Untuk Achey Dan Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...