Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mendedahkan punca sebenar insiden terjatuh yang menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital pada Januari lalu.
Menurut Tun M, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba ketika beliau sedang melakukan aktiviti senaman berjalan apabila kaki kanannya secara mengejut hilang kekuatan.
“Ya saya sedang buat exercise berjalan tiba-tiba satu kaki, kaki kanan saya hilang kuasa, bila dia hilang kuasa, saya jatuh bila jatuh ada fracture tulang dan joint.”
“Saya juga luka sikit di kepala tapi amat sakit jadi saya dibawa ke hospital, IJN di mana mereka cuba kurangkan sakit tapi susah, susah nak kurangkan, rasa cukup sakit tapi slowly beberapa hari selepas baru kurang sakit tapi sakit masih ada lagi.”
Akibat kejadian tersebut, beliau mengalami kecederaan pada bahagian sendi antara tulang kaki dan pinggang yang menyebabkan kesakitan berpanjangan.
“Hip joint, pinggang antara tulang kaki dengan pinggang ada joint. Joint itu retak, jadi sakitlah. Tapi sekarang ini setelah tiga bulan lalu dah sembuh, dah boleh berdiri, tapi kita tak boleh nak kawal kaki, macam tak ada kaki,” katanya lagi.
Difahamkan, beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara dan kini sedang menjalani fisioterapi bagi memulihkan pergerakan.
Walaupun masih dalam proses pemulihan, Tun M dilaporkan telah kembali bekerja pada 25 Mac lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
