March 20th, 2015

Inilah akibatnya menjadi single dan solo kembali. Selepas putus cinta dengan Zizan Razak, nama Emma Maembong hangat diperkatakan sedang menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ bersama Kamal Adli. Desas-desus terbaru menyatakan yang Kamal Adli telah pun membawa Emma Maembong bertemu keluarganya. Namun ternyata desas-desus itu palsu. Kamal Adli sendiri telah tampil menafikannya dan kini tiba giliran Emma Maembong pula membuat penafian yang sama. Ternyata Emma dah bosan, jelik, jelak dan kecewa dengan desas-desus tidak masuk akal ini.

emma maembong

Kalau Abang Nara jadi Emma Maembong pun pasti tertekan dan stress dengan desas-desus sebegini. Kita duduk senyap-senyap buat kerja pun ada orang nak sebarkan benda mengarut. Kata Emma:-

Saya sudah tak larat asyik ada saja gosip. Kasihan pada ayah saya. Harap semua fahamlah. Saya sudah malas dan tak nak komen apa-apa lagi sekarang. Perkara (bertemu dengan keluarga Kamal) memang tak berlakulah.

Saya sangat tak faham kenapa ramai sangat yang pandai-pandai dan suka buat cerita. Tak tahu mana mereka dengar dan apa sebab buat cerita begini.

emma maembong

Lebih menakutkan ialah selepas desas-desus bertemu keluarga, ada pula orang membuat cerita yang Kamal Adli dan Emma Maembong bakal berkahwin tahun ini. Pergh!!! Upgrade sungguh gosip ini. Kesian kat Emma dan Kamal. Bersabarlah. Inilah lumrah kehidupan seorang selebriti. Lagipun ada kedua-duanya single. Mungkin ada pihak yang nak ‘kenen’kan sebab suka sekiranya anda berdua benar-benar bercinta. Sumber Harian Metro.

P.S: Kutuk hukum hudud, Aisyah Sekilas dikritik teruk


Comments are closed.

Loading...